Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kayu-~ kayu-kayuan; ®kayu I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayan I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Malaysian Timber Council"? "Majlis Perkayuan Malaysia," "Majlis Kayu-Kayan Malaysia," atau "Majlis Kayu Malaysia"?

Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk Malaysian Timber Council. Istilah bahasa Melayu untuk timber ialah kayu, kayu-kayan dan balak. Kayu bermaksud  bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll). Kayu-kayan bermaksud pelbagai jenis kayu. Perkayuan bermaksud segala jenis pekerjaan yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, mem­buat kerusi drpd kayu). Oleh itu, cadangan terjemahan ialah Majlis Perkayuan Malaysia atau Majlis Kayu Malaysia, bergantung pada konsep yang dimaksudkan.    

Istilah24.10.2011
Selamat pagi,En. Sulaiman.Saya Husun Ukong dari Kuching, Sarawak, berminat untuk mendalam bahasa etnik (kayan) serta ingin berhubung dengan Shantrol Abdullah

 

Encik Santrol bin Abdullah 082-444711, e-mel santrol@dbp.gov.my. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

Lain-lain31.07.2009
saya ingin mengetahui makna: Kata ganda penuh / seluruh, Kata ganda separa, Kata ganda berirama dan Kata ganda berimbuhan. Harap dapat tolong.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Makna27.02.2008

Kembali ke atas