Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kayu yg digunakan sbg bahan api; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kayu yg dibakar sbg bahan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu api

Puisi
 

Tidak sajak membelah kundur,
     Sajak membelah kayu api;
Tidaklah sajak kubawa tidur,
     Sajak memicit hujung jari.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang,
     batangnya mati;
hinggap ke ranting,
     rantingnya patah.

Bermaksud :

Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan untuk kayu api? Puntung atau kerat?Penjodoh bilangan yang betul ialah sepuntung kayu api.Tatabahasa25.01.2013
Ayat yang manakah betul? 1. Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami. 2. Cikgu Abu mengagihkan tugas kepada kami seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain.Ayat yang gramatis ialah Cikgu Abu mengagihkan tugas seperti menanak nasi, menjinjing air, mencari kayu api, mendirikan khemah dan lain-lain kepada kami.
Tatabahasa29.05.2012
Salam, benarkah ayat ini " Kak Dila membawa beberapa batang pelepah kelapa untuk dibuat kayu api"? Sekian, terima kasih.Salam. Ayat "Kak Dila membawa beberapa batang pelepah kelapa untuk dibuat kayu api" adalah betul.Tatabahasa02.04.2013
Saya pelajar tahun 6 SK Desa Pandan. Mohon penjelasan bagi penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi soalan dibawah ; Nenek Tumiah mengambil beberapa .................... kayu api untuk membakar ikan keli. A.bilah B.keping C.batang D.puntung Kami yang menjawap D.puntung telah dipersalahkan Guru. Sedangkan menurut ; Diantara erti dan penggunaan penjodoh bilangan 'Puntung' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat : 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah. Mohon penjelasan tentang isu ini. Kami takut dengan Guru ini kerana sikapnya yang pantang dicabar pendapatnya.Jawapan yang betul ialah D. puntung kerana puntung menjadi penjodoh bilangan untukk keratan kayu yang pendek-pendek seperti kayu api. Jawapan lain yang hamir betul ialah C. batang tetapi batang menjadi penjodoh bilangan bagi benda yang panjang.Tatabahasa15.03.2013
Soalan 1 a. ahli bulan sabit merah @ b. ahli Bulan Sabit Merah Soalan 2 a. Rama-rama hinggap pada bunga. @ b. Rama-rama hinggap di bunga. Soalan 3 a. sayur-sayuran sudah masak @ b. sayur-sayuran sudah matang Soalan 4 a. mencari kayu api di hutan @ b. mencari kayu api di dalam hutan TQJawapan yang betul ialah 1. b. ahli Bulan Sabit Merah. 2. a. Rama-rama hinggap pada bunga. 3. a. sayur-sayuran sudah masak. 4. b. mencari kayu api di dalam hutan.Lain-lain07.10.2010
1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih !

Ayat yang telah diperbetul  1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu.

2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan.

3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai

4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul

Tatabahasa26.09.2009
Adakah perkataan "kart beli-belah" boleh digunakan bagi terjemahan perkataan bahasa Inggeris "shopping cart"? Ini kerana istilah sasar untuk perkataan "cart" ialah "kart". Terima kasih.Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah cart ditakrifkan seperti yang berikut selain kart (dalam bidang umum).   
  • n 1. vehicle pulled by a horse, cattle, etc, pedati; 2. small usu wooden vehicle pushed or pulled along by hand, kereta sorong;

    vt 1. convey in a cart, /membawa, mengangkut/ [sst] dgn pedati: to ~ the firewood home, membawa pulang kayu api ke rumah dgn pedati; 2. convey laboriously from place to place, mengangkut: I m tired of ~ing these books, saya bosan mengangkut buku-buku ini;

  • ~ /so., st/ off

    mengangkut: to ~ off the rubbish, mengangkut sampah-sarap; to ~ off the prisoners to jail, mengangkut orang-orang tahanan ke penjara.
Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah istilah ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.
Istilah14.12.2010
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul?

Saudari/saudari,

Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau.

Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian.

Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah.

Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas.

Jawapan yang betul ialah mencekah.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa14.08.2012
Kami mengumpul beberapa batang kayu untuk dijadikan / dibuat unggun api? Terima kasih DBP.Ayat tersebut betul.Lain-lain24.05.2010
Yang mana satu betul? Berbuat sedemikian/demikian?Perkataan demikian dan sedemikian mempunyai makna yang hampir sama, namun untuk ayat tersebut lebih sesuai digunakan perkataan demikian.

Demikian
Definisi : 
begitu; begini; spt itu (ini): Dgn yg ~, habislah timbunan kayu itu dimakan api. ~lah halnya. sedemikian spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Sedemikian
Definisi : 
spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Makna28.08.2017
12

Kembali ke atas