Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yuh] | کايوه

Definisi : alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.yuh] | کايوه

Definisi : alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.yuh] | کايوه

Definisi : ; berkayuh, mengayuh 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja); mengayuhkan 1. menjalankan perahu (dgn menggunakan pengayuh), menjalankan pe­rahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak; terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya me­ngayuh; tidak ~ lagi biduk hilir prb tidak berdaya lagi, lemah benar; kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi; kekayuhan perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; pengayuh 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.yuh] | کايوه

Definisi : gulung (kain putih, cita, dll); ®ka­yu II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.yuh] | کايوه

Definisi : , = pengayuh 1 alat yg diberi berdaun hujungnya dan digunakan utk menggerakkan perahu (sampan dll); dayung. 2 pedal basikal. berkayuh 1 naik perahu dgn menggunakan pengayuh; berdayung: Mereka ~ lambat-lambat ke hulu sungai. 2 merengkuh pengayuh utk menggerakkan sampan dll; berdayung: Malu ~ perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal dsb. mengayuh 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn pengayuh; mendayung: Dia ~ perahunya ke tengah sungai. 2 menjalankan basikal (beca dll) dgn memutarkan pengayuhnya; mendayung: Penarik beca itu ~ becanya dgn termengah-mengah. mengayuhkan mengayuh utk: Kerana saya tidak pandai berkayuh, dialah yg ~ saya ke hulu. kayuhan gerakan kaki atau tangan utk mengayuh; hasil mengayuh: ~ Rosman sangat pantas. pengayuh 1 kayuh; dayung; pedal. 2 orang yg mengayuh basikal (beca dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kayuh
Kata Terbitan : berkayuh, mengayuh, pengayuh,

Puisi
 

Tuan kayuh orang berempat,
     Tuan menuju ke rumah raja;
Kalau sampai di Batu Pahat,
     Macam menitik air mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Riuh seperti Cina karam.

Bermaksud :

Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Riuh gigil seperti Cina kayuh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh

Tatabahasa18.03.2009
Kafan boleh ditambah imbuhan? Contoh: Mengkafankan jenazah, iaitu membalut mayat dengan kain putih. Mengafankan jenazah, iaitu membalut mayat dengan kain putih. Perkataan mana yang betul?Perkataan kafan apabila menerima imbuhan, huruf pertama - k akan luluh dan membentuk perkataan mengafankan sama seperti kayuh - mengayuh dan kejar - mengejar.Tatabahasa08.01.2014
apakah terjemahan untuk paddle boardingPaddle boarding belum ada dalam terjemahannya dalam pangkalan data kami. Berdasarkan carian kami di internet paddle boarding ialah alat yang digunakan dalam sukan air. Jika bersesuaian dengan konsepnya, kami mencadangkan paddle boarding diterjemahkan kepada papan kayuh.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2017
Assalamualaikum, saya nak tanya apakah istilah dalam Bahasa Melayu untuk perkataan 'paddle boarding'? Ia sejenis sukan baru di laut. Ini pautan berkenaan sukan ini: https://en.wikipedia.org/wiki/Paddleboarding Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "paddle boarding". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah papan kayuh.Istilah14.01.2016

Kembali ke atas