Cadangan bagi terjemahan 'pasukan keselamatan belia' untuk sebarang maklum balas atau pembetulan yang boleh memberikan impak lebih yang baik hasil dari penjenaan pasukan tersebut. senarai berkenaan adalah seperti yang berikut; ANGAKATAN SUKARELA MUDA KDN (ASMK) PASUKAN SUKARELA MUDA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KDN (PASUKK) KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN (KMK 1KDN) ANGKATAN MUDA AMAN KDN (AGMA) / (AGAMA) ANGKATAN MUDA : KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN BRIGED BELIA KESELAMATAN BRIGED KESELAMATAN MUDA 1KDN (BKMK @ BKM1K) | Setelah perbincangan diadakan, kami berpendapat nam yang paling baik dan sesuai digunakan ialah KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1 KDN (KMK 1 KDN). Untuk makluman, ejaan "KESATRIA" adalah salah, dan ejaan yang betul ialah KESATRIAN. Ejaan "1KDN" juga adalah salah dan perlu dieja berasingan, iaitu 1 KDN. Perkataan kesatria lebih sesuai dan lebih memberi impak kerana kesatria bermaksud "orang yang gagah berani", berbanding dengan perkataan "angkatan sukarela, pasukan sukarela dan angkatan muda" yang kurang memberi impak. "BRIGED" pula tidak sesuai kerana dalam kamus Dewan Edisi Keempat, briged bermaksud divisyen tentera yang biasanya terdiri daripada markas, beberapa unit penempur (misalnya batalion infantri atau rejimen kereta perisai) dan unit penyokong. | Tatabahasa | 02.05.2014 |
Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan. | Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan. Tiada kelulusan daripada DBP dalam penerbitan bahan bercetak sama ada buku, buletin, brosur atau manual. Kelulusan DBP hanya untuk penerbitan bahan dan buku terbitan DBP sahaja. Kami mengalu-alukan pihak puan menerbitkan bahan bercetak berbentuk buku dengan DBP. | Lain-lain | 30.12.2013 |
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Tatabahasa | 31.01.2013 |
Muhammad RizalView Profile Actions THURS 01:57 Muhammad Rizal Muhammad Salam. Saya ada 2 soalan; 1. Adakah DBP Malaysia yang bertanggugjawab menapis buku-buku dari negara luar yang masuk ke Malaysia terlebih dahulu sebelum ianya boleh dijual di kedai buku seperti Popular? 2. Jika isi kandungan tersebut didapati melanggar peraturan yang ditetapkan, adakah ianya tidak dibenarkan masuk ataupun dibenarkan atas syarat? Itu sahaja. Mohon penjelasan sepantas mungkin. Terima kasih. | Salam, Untuk makluman, pihak DBP tidak bertanggungjawab menapis buku dari negara luar, sebaliknya pihak KDN. Sehubungan dengan itu, tuan/pun boleh menghubungi pihak KDN untuk merujuk soalan kedua. Tk. | Lain-lain | 20.10.2016 |
Assalamualaikum Saya ingin menerbitkan sebuah buku nota syarahan sahih bukhari, tali masalahnya adalah pada teks hadis, setakat ini saya hanya salin dari shamela.com dan bandingkan dengan naskhah terbitan Al-bushra, adakah itu dikira melanggar hak cipta? Kalau ya, maka apa yang perlu lakukan untuk mengelakkan dari situasi itu? Kemudian saya baca dalam panduan penulisan teks hadis KDN bahawa setiap teks hadis perlu diterjemahkan, dan terjemahan perlu mengikut kunci transliterasi DBP, kalau saya tidak lakukan demikian ia dikira salah ke? | Salam tuan yang budiman, Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan: 1. Salinan lembut manuskrip. 2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Karya | 27.05.2025 |