Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Keluaran Dalam Negara Kasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kdnk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Apakah terjemahan Bahasa Malaysia yang sesuai bagi "Capitalisation of Weapons Systems"? Terma tersebut digunakan untuk ayat berikut: "Pengasasan semula KDNK telah mengambil kira saranan Sistem Akaun Negara 2008 (2008 SNA) iaitu menambah baik penyusunan Perkhidmatan Pengantaraan Kewangan Yang Diukur Secara Tidak Langsung (FISIM) serta Capitalisation of Weapons Systems dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)." Sekian, terima kasih. Rafliza Ramli Kementerian Kewangan Malaysia.Capitalisation ialah permodalan. Kami cadangkan Capitalisation of Weapons Systems diterjemahkan kepada Permodalan Sistem Senjata, jika terjemahan tersebut sesuai dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa31.07.2012
Perkataan manakah yang sesuai digunakan dalam konteks ayat dibawah. Terima kasih. a) mensasarkan atau menyasarkan Pelan Induk PKS 2012 – 2020 mensasarkan/menyasarkan peningkatan sumbangan PKS sebanyak 62% kepada pekerjaan, 25% kepada eksport dan 41% kepada KDNK menjelang tahun 2020. b)bolehkan menggunakan perkataan sebahagian dalam ayat dibawah? Adakah sebahagian hanya merujuk kepada bahagian-bahagian pada tubuh manusia sahaja? Kebanyakan usahawan bermula dengan perusahaan mikro (mempunyai kurang daripada lima pekerja) sebelum berkembang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan sebahagian PKS berjaya menjadi syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.1. Menyasarkan.
2. Perkataan "sebahagian" boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Lain-lain17.09.2014
Salam. Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai dan tepat bagi singkatan GCE (General Certificate of Education), GCSE (General Certificate of Secondary Education), dan GDP (Gross Domestic Product). Harap pihak DBP dapat membantu. Terima kasih.Walaikumussalam. Menurut data kami, GCE diterjemahkan sebagai Sijil Am Pelajaran (SAP); GDP diterjemahkan sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). GCSE tidak digunakan di Malaysia. Sijil peringkat sekolah menengah di Malaysia ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STP). Namun begitu, kami mencadangkan padanan GCSE dalam bahasa Melayu ialah Sijil Am Pendidikan Menengah. Sekian. Terima kasih.Istilah15.09.2017

Kembali ke atas