| Kelihatan sekawan zirafah sedang meragut daun dari pokok yang tinggi. Adakah betul penggunaan meragut bagi haiwan tersebut?.Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan "meragut" ialah menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan. Oleh itu, berdasarkan cadangan ayat tersebut, perkataan meragut boleh digunakan dalam konteks tersebut.
| Tatabahasa | 11.06.2020 |