Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.tas] | کأتس

Definisi : ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke atas

Puisi
 

Dibawa angin ke barat daya,
     Jatuh ia ke atas titi;
Kalau tuan ceritakan saya,
     Boleh saya pergi nanti.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan Tindakan yang tegas dikenakan ke atas pesalah itu. (ke atas salah dalam ayat ini dan wajar digantikan dengan terhadap. Saya amat kekeliruan tentang ke atas dan terhadap. ) TQTindakan yang tegas dikenakan ke atas pesalah itu. Frasa ke atas digunakan untuk merujuk tempat seperti Kayu yang dipijaknya terjongket ke atas dan terhadap diikuti objek seperti ... terhadap pesalah.Tatabahasa18.01.2012
Salam sejahtera, Adakah ayat ini betul. "Hakimi dilantik sebagai ketua ke atas 10 orang pekerja"? Adakah "ke atas" hanya boleh merujuk kepada tempat? Mohon penjelasan. Terima kasih banyakFrasa ke atas digunakan untuk merujuk tempat seperti Kayu yang dipijaknya terjongket ke atas.


Ayat yang betul ialah Hakimi dilantik sebagai ketua bagi 10 orang pekerjanya.
Tatabahasa24.06.2016
Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. TUAN, ADAKAH BETUL PENGGUNAAN 'IALAH' SELEPAS BILANGAN ATAU PERLU DITUKAR 'ADALAH'?Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. Tatabahasa02.11.2021
Tuan / Puan, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Titik setitis air ke atas slaid kaca. 1b) Titis setitik air ke atas slaid kaca. 1c) Titik setitik air ke atas slaid kaca. 1d) Titis setitis air ke atas slaid kaca. Terima kasih.Titis dan titik sama maknanya, maka semua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa25.11.2011
Dalam kamus dewan keempat, ada satu contoh ayat seperti berikut "orang yang berkuasa ke atas orang lain." Adakah penggunaan "berkuasa ke atas" itu tepat? bukankah "ke atas" hanya digunakan untuk merujuk tempat? mohon penjelasan yang jelas daripada pihak andaSelamat ptg.

Penggunaan perkatan ke atas kurang tepat dalam konteks ayat di atas . Perkataan lain yang boleh digunakan ialah terhadap.  Sekian.
Istilah12.07.2016
Tuan, yang manakah betul. "Diskaun daripada 30% dan ke atas," atau "Diskaun dari 30% dan ke atas? Terima Kasih.Diskaun daripada 30% dan ke atas...Tatabahasa12.09.2012
Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan ke atas pesakit itu. tuan, adakah ke atas boleh digunakan? tqAyat yang betul ialah Doktor itu menjalankan pemindahan buah pinggan terhadap pesakit itu. Farasa ke atas digunakan apabila merujuk tempat.Tatabahasa01.02.2012
tuan, saya ingin menanya tentang --> Pihak berkenaan akan bertanggungjawab "di atas/ ke atas" sebarang kemalangan yang berlaku. ??Kedua-dua "di atas" dan "ke atas" adalah salah.  Kata arah "atas" hadir sebelum frasa nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contohnya: Buku itu ada di atas meja.  Perkataan yang betul ialah "terhadap". Pihak berkenaan akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku.Tatabahasa20.03.2012
Mohon pihak tuan menyemak cara penulisan TAJUK/JUDUL berikut (daripada segi huruf besar dan huruf kecilnya bagi perkataan ‘di bawah’, ‘di dalam’ dan ‘ke atas’) 1. Prosiding Kes di Bawah/ di bawah seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di Dalam/di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah ke Atas/ ke atas Pertuduhan Terima kasih :)

Pihak kami tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tajuk yang digunakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk buku atau yang seumpama dengannya pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.

Cara penulisan tajuk yang betul mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu:
1. Prosiding Kes di Bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah
2. Kedudukan di dalam Mahkamah
3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah Atas

Untuk tajuk nombor 3, penggunaan ke atas kurang tepat kerana konteks ayat yang diberikan tidak menunjukkan pergerakan di/ke atas.

Tatabahasa19.11.2021
'ke atas' atau 'terhadap' "... memberi perhatian [ke atas/ terhadap] perkara dibangkitkan." Kata yang mana satu betul diggunakan?Perkataan yang lebih sesuai ialah "terhadap"  --> ...memberi perhatian terhadap yang dibangkitkan.Lain-lain29.05.2016
12345678910...

Kembali ke atas