Antara dua ayat di bawah, yang manakah betul susunan tatabahasanya? Situasinya adalah, satu produk yang baru ingin dipasarkan. 1) Kini, untuk 6 tahun ke atas. 2) Kini, dalam 6 tahun ke atas. | Frasa yang lebih tepat ialah "Kini, untuk 6 tahun dan ke atas". | Tatabahasa | 19.09.2012 |
1.Saya pernah memohon khidmat nasihat tentang penulisan singkatan Yang Berbahagia yang betul. Jawapan yang diberikan ialah YBhg sedangkan dalam kamus dewan dinyatakan sebagai YBhg., begitu juga dengan khidmat nasihat yang pernah diberikan dalam PRPM iaitu YBhg. (ada nokhtah). Oleh itu, saya memohon sekali lagi kepastian cara penulisan ringkas Yang Berbahagia. 2. Penggunaan atas dan ke atas. Bukankah ke atas itu menunjukkan arah ke atas, misalnya 18 tahun ke atas. Frasa mana yang betul: memberi kesan ke atas masyarakat atau memberi kesan atas masyarakat atau memberi kesan kepada masyarakat Sekian, terima ksih | 1. Merujuk satu sumber sahaja, iaitu Kamus Dewan, ejaan yang digunakan ialah YBhg.. Walau bagaimanapun Kedua-dua bentuk ejaan YBhg dan YBhg. terakam dalam pelbagai karya penulisan. Hal ini mungkin dikaitkan dengan tujuan dan jenis penulisan/penerbitan tersebut. 2. Ungkapan yang betul ialah 'memberi kesan kepada/terhadap masyarakat'. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
soalan 1.Penggunaan tanda baca ( , koma ) selepas kata 'dan'..adakah perlu atau sebaliknya, harap dapat penjelasan. 2.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3.Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Ayat 3 yang tepat. Harap dapat penjelasan penggunaan kata 'mencucuri' dengan 'mencucurkan' dalam ayat. 4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 5. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Ayat 5 yang tepat. Harap dapat penjelasan. 6. oleh kerana itu dan oleh sebab itu..apa perbezaannya. terima kasih. | 1. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum atau selepas kata "dan" kecuali apabila menyenaraikan perkara yang berlainan kategori boleh diletakkan koma sebelum dan seperti Ali ke kedai membeli ikan, sotong, dan pisau. 2&3. Kedua-dua ayat itu betul kerana mencucuri dan mencucurkan bermaksud melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang. 4&5. Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi" kerana kata kerja aktif transitif ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "...kamu disembayhangi". 6. Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. "Oleh" ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284. | Tatabahasa | 04.01.2013 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CK | Ayat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
saya ada kekeliruan berhubung beberapa perkataan. cth spt di bwh :- 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran semua ... Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ... 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 antara segamat - labis Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara segamat - labis 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di bawah sebutharga ini. 1) kontraktor mstilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam sebutharga ini. kekeliruan - ke atas & di atas, antara & di antara dan di bawah & di dalam. mana yang betul? Tk. | Penggunaan beberapa perkataan dalam contoh ayat yang diberi telah di buat pembetulan, iaitu: 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua (di atas dan ke atas menunjukkan tempat/arah) 2) Kemalangan berlaku di Km 4 - Km 5 di antara Segamat dengan Labis (penggunaan di antara melibatkan konsep ruang, manakala penggunaan antara tidak melibatkan konsep ruang) 1) Kontraktor mestilah mematuhi arahan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam sebut harga ini (penggunaan di dalam melibatkan konsep ruang) | Tatabahasa | 09.03.2011 |
salam. saya sedikit keliru.ayat yang manakah yang betul. 1- hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pesalah. 2- hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah. andaian saya, ayat 2 lebih tepat kerana kepada digunakan untuk sasaran manakala ke atas menunjukkan kata arah. namun, kebanyakan berita, artikel dan naskhah2 ilmiah menunjukkan ayat 1 yang betul. | Puan Rohaizah, Kedua-dua penggunaan kata sendi nama dalam kedua-dua ayat itu betul kerana merujuk sasaran, iaitu manusia. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada pengguna bahasa dan kebiasaan penggunaannya. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
Ejaan nama Zainal Abidin bin Ahmad: (1) Z‘aba (koma di atas sebelum huruf a, berhujung tajam di atas seperti tanda penyingkat = ain), (2) Za’ba (koma di atas selepas huruf a, berhujung tajam ke bawah = hamzah), (3) Za‘ba (koma di atas, berhujung tajam ke atas seperti koma terbalik, selepas huruf a = ain). Ejaan yang manakah diiktiraf oleh KNDBP? Terima kasih. | Ejaan yang banyak terakam dalam pangkalan data kami ialah Za'ba. | Ejaan | 11.06.2012 |
Mereka membersihkan bilik darjah. Jika saya menukarkan ayat aktif seperti di atas ke ayat pasif, ayat 1 @ ayat 2 betul? 1. Bilik darjah dibersihkan oleh mereka. 2. Bilik darjah mereka bersihkan. TQ | Kedua-dua ayat pasif tersebut betul. Walau bagaimanapun ayat pasif bagi ayat aktif tersebut ialah Bilik darjah dibersihkan oleh mereka. | Tatabahasa | 09.03.2012 |
Salam sejahtera, 1) Apakah kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini -- Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? 2) Apakah maksud ayat ini ---- Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Terima kasih | 1) Di sinikah awak selalu menghabiskan masa kelapangan bersama keluarga awak? frasa yang betul ialah masa lapang. 2) Segala yang berlaku ke atas dirinya hanya sebagai penyebab. Tidak tepat dari segi makna ayat, penyebab bermaksud orang yang menjadi sebab. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Salam sejahtera. BAHAGIAN A 1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu. 2. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu miliki. 3. Jangankan membeli komputer, membeli mesin taip pun saya tidak mampu. 4. Ibu menyimpan pisau ke laci. 5. Ibu menyimpan pisau ke dalam laci. 6. Ibu menyimpan pisau di dalam laci. = Yang manakah ayat yang betul. BAHAGIAN B naik = tidak perlu 'ke atas' turun = tidak perlu 'ke bawah' masuk = tidak perlu 'ke dalam' Adakah pernyataan di atas benar kerana ayat-berikut selalu digunakan; 1. Adik cepat-cepat turun ke bawah rumah setelah dimarahi bapa. 2. Para pemenang diminta naik ke atas pentas untuk menerima hadiah. 3. Kakak masuk ke dalam bilik tidurnya. Terima kasih. | Bahagian A: Ayat yang gramatis ialah jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu dan Ibu menyimpan pisau ke dalam laci/ibu menyimpan pisau di dalam laci. Bahagian B naik: Frasa naik ke atas, turun ke bawah dan masuk ke dalam merupakan penggunaan bahasa yang lewah. Walaupun lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. Dan binaan ayat yang gramatis bebas daripada unsur lewah. | Tatabahasa | 05.09.2012 |