Boleh tak tolong jelaskan penggunaan 'di' dan ' ke' dalam ayat-ayat berikut : 1) Wei Han menyimpan buku di/ke dalam kotak. 2) Wei Han memasukkan buku di/ke dalam beg sekolah. Harap mendapat penjelasan daripada tuan.terima kasih. | (1) Wei Han menyimpan buku ke dalam kotak. (2) Wei Han memasukkan buku ke dalam beg sekolah. Frasa "di dalam" digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan tempat yang mempunyai ruang, seperti pen di dalam kotak, manakala frasa "ke dalam" digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya, seperti menyimpan kuih ke dalam bekas. | Tatabahasa | 23.10.2017 |
Masuk ke dalam van. Naik ke dalam van. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Masuk ke dalam van." Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 256 untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Tatabahasa | 31.01.2024 |
ayat: 1.ali membuang sampah di dalam /ke dalam tong sampah. | Ayat yang tepat ialah Ali membuang sampah ke dalam tong sampah. | Tatabahasa | 03.11.2017 |
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu" | Tatabahasa | 12.05.2022 |
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu". | Tatabahasa | 27.04.2022 |
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1.Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. 2.Siti meletakkan pinggan di dalam besen 3.Siti menyimpan pisau ke dalam laci. 4.Siti menyimpan pisau di dalam laci. 5.Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. 6.Siti memasukkan buah epal di dalam beg plastik. 7.Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. 8.Siti membuang sampah di dalam tong sampah. 9.Siti menyapu sampah di dalam kelas. 10.Siti menyapu sampah di kelas. 11.Siti makan di dalam kantin. 12.Siti makan di kantin. | Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya: Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. Siti menyimpan pisau ke dalam laci. Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. Siti menyapu sampah di kelas. Siti makan di kantin. | Tatabahasa | 06.09.2023 |
Saya mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah ATAU Saya mengutip sampah lalu buang ke dalam tong sampah. Mana satu betul, teruma kasih admin. | Ayat yang betul ialah Saya mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah. | Tatabahasa | 26.02.2021 |
Ayat manakah yang betul : 1. Kita haruslah berhati-hati apabila (memuat naik/ memuatnaikkan) gambar (ke / ke dalam) laman media sosial. | Ayat yang betul ialah Kita haruslah berhati-hati apabila memuat naik gambar ke laman media sosial. | Tatabahasa | 03.11.2021 |
Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga. Ayat ini betul ke? | Ayat "Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga" salah. Ayat yang betul ialah "Dia memasukkan getah pemadam ke dalam telinga" | Tatabahasa | 29.07.2022 |
Salam sejahtera, 1.Encik Lau (mengisi) air ke dalam botol. 2.Encik Lau (mengisikan) air ke dalam botol. 3.Encik Lau mengisi air (di) dalam botol. Adakah ayat-ayat ini betul? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah: 2. Encik Lau mengisikan air ke dalam botol. | Tatabahasa | 12.10.2021 |