Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke sebelah luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pergi) ke bahagian luar; ke sebelah luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,

Puisi
 

Kapal berlabuh di Kuala Sepetang,
     Membawa dagang ke luar negeri;
Kerana hari telah petang,
     Mohon izin mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul? (i) melanjutkan pelajaran di luar negeri (ii) melanjutkan pelajaran di luar negara (iii) melanjutkan pelajaran ke luar negeri (iv) melanjutkan pelajaran ke luar negara

 

Salam sejahrtera,

'Melanjutkan pelajaran ke luar negara' merupakan frasa yang betul.

Tatabahasa18.01.2013
Jika Ali melanjutkan pelajaran di England? Jadi Ali dikatakan melanjutkan pelajaran ke luar negeri ATAU ke luar negara?terima kasih

Frasa yang betul ialah luar negara.

Tatabahasa12.04.2009
Adakah ayat ini betul? Saya agak ayah hendak melancong ke luar negeri.Ayat yang lebih tepat ialah "Saya mengagak ayah mungkin melancong ke luar negeri."Tatabahasa01.10.2013
PENGGUNAAN AYAT "PERMOHONAN KEBENARAN KELUAR NEGARA" DAN "KELLULUSAN KEBENARAN KE LUAR NEGARA" ADAKAH SALAH UTNUK DIGUNAKAN SEBAGAI TAJUK SURAT ATAU AYAT DI DALAM SURAT

Ayat/ejaan yang betul ialah "Permohonan Kebenaran ke Luar Negara".

Tatabahasa16.03.2010
Yang mana satu betul? i) Keluar negara atau ke luar negara ii) Kali Kedua atau Kali Ke DuaFrasa yang tepat ialah ke luar negara dan kali kedua.Tatabahasa21.11.2013
AsSalam, Antara yang berikut, yang manakah penggunaan ayat yang betul? 1. ... melihat keluar dari tingkap 2. ... melihat keluar daripada tingkap 3. ... melihat ke luar tingkap 4. ... melihat keluar tingkap Terima kasih... melihat ke luar tingkap.Tatabahasa06.04.2011
Ali akan melanjutkan pelajarannya di luar negara dalam bidang perubatan. penggunaan di luar negara betul atau ke luar negara betul? apa beza kedua-duanya? tqPenggunaan ke luar negara betul kerana ke merupakan kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui. Manakala di pula ialah kata sendi nama yg menunjukkan tempat dll. T.kasih.Lain-lain04.09.2008
Keluar atau ke luar? Saya agak bingung bila menggunakan perkataan ini. Dalam ayat berikut yang manakah betul? a) Sejak pemergian anaknya keluar negeri, ia termenung sahaja. b) Memohon keluar negeri c) Dia berjalan keluar melalui pintu belakang. soalan seterusnya bagaimana membezakan dan lain-lain (dll) dengan dan sebagainya (dsb). Saya ucapkan terima kasih atas keterangan yang akan diberi kelak.Keluar dan ke luar dalah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll):  5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll):  8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luara) ke luar negeri b) ke luar negeri c) keluar melalui pintu belakang. Lain-lain itu maksudnya tidak sama. manakala sebagainya bermasud untuk, bagi 2. jadi, menjadi, selaku:; 3. bertindak spt, selaku:  demikian pula, lebih-lebih lagi: a) lain-lain serupa (semacam) itu:  b) sepatutnya:. T.kasih.Lain-lain08.09.2008
"Selain untuk pasaran tempatan, mangga Harum Manis ini juga dieksport ke luar negara," kata pengurus ladang itu. Betulkah ayat ini?Penggunaan tatabahasa dalam ayat betul.Tatabahasa29.04.2013
Saya mendapat tahu editor majalah Tunas Cipta , Puan Noraini (Bonda Ani) akan ke luar negara pada bulan September. Adakah ini bermakna Bonda Ani akan bersara terus sebagai editor ?Untuk keterangan lanjut, saudari boleh mengemukakan pertanyaan tersebut kepada Puan Noraini binti Husin, melalui no. telefon 03-21434831 atau melalui e-mel: norainihussin@dbp.gov.my.Lain-lain05.06.2009
123456789

Kembali ke atas