1)di mana-mana 2)ke mana-mana | 1)di mana-mana 2)ke mana-mana | Ejaan | 19.04.2011 |
1. "Hmm... bagaimana, ya?" atau "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" atau "Kamu mahu ke mana Rahim? | 1. "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" dan "Kamu mahu ke mana Rahim? Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan. | Ejaan | 13.10.2011 |
struktur ayat yang mana yang betul : 1) kemana-mana sungai, tasik dan laut atau 2) ke mana-mana sungai, tasik dan laut. | Frasa yang betul ialah ke mana-mana sungai, tasik dan laut. | Tatabahasa | 20.03.2013 |
Salam, Apakah tanda baca yang sesuai di hujung ayat ini? Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya! Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya? Terima kasih. | Eh, ke mana pula hilangnya dompet saya? | Lain-lain | 09.05.2014 |
Ayat yang mana betul penggunaan tanda baca? "Ali pergi ke mana?" Tanya Ahmad. atau "Ali pergi ke mana?" tanya Ahmad. T huruf besar atau huruf kecil? | Ayat yang betul ialah, "Ali pergi ke mana?" tanya Ahmad. T huruf kecil. | Lain-lain | 24.10.2019 |
1."Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu tertpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat terpanah petir. Adakah ayat-ayat di atas gramatis. Kalau ayat itu salah sila tunjukkan kesalahannya. terima kasih. | Ayat yang betul ialah 1."Sila buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim atau "Buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat dipanah petir. | Lain-lain | 13.08.2010 |
Assalammualaikum dan salam sejahtera, terima kasih diatas maklumbalas menegenai penyertaan saya dalam sayembara 2005. Saya ingin bertanya, seandainya karya yang saya hantar tidak memenangi sayembara, adakah saya masih boleh menghantar hasil tersebut ke mana-mana pertandingan atau sayembara setelah saya membuat pembaharuan dan penambahbaikkan? | Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana pihak yang saudara inginkan, sama ada untuk menyertai sayembara atau peraduan lain, atau untuk diterbitkan, kerana pihak DBP tidak mengikat apa-apa perjanjian dengan saudara dan tidak memegang sebarang atas karya yang tidak memenangi sebarang hadiah. | Lain-lain | 21.06.2008 |
Selamat pagi. minta ajar... (Awak / Kamu) berdua pergi ke mana? kata Wei Ming kepada Zali dan Rani. terima kasih... | Jawapan yang betul ialah: Kamu berdua pergi ke mana? | Tatabahasa | 08.08.2017 |
tuan, betulkah ayat ini? Ibu ingin mengetahui adik hendah pergi ke mana? sekiranya ayat ini salah minta tua betulkan..terima kasih | Ibu bertanya adik hendah pergi ke mana? | Tatabahasa | 03.07.2012 |
Saya berminat dalam bidang penulisan. Bagaimana boleh saya terbitkan buku dan menjualnya kepada umum? | Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana penerbitan di Malaysia, tetapi sekiranya saudara mahu karya saudara diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, karya tersebut bolehlah dihantar kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur sekiranya sasaran pembaca saudara terdiri daripada orang dewasa, andainya sasaran pembaca saudara terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 15.12.2009 |