As-salam. Yg mana satu betul, kain sampin ke kain samping? | Perkataan yang betul ialah kain samping. | Istilah | 12.07.2016 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang perkataan "di samping itu" akan dikira sebagai dua perkataan manakala "ke sekolah" akan dikira sebagai satu perkataan kerana penggunaan kata sendi "di" dan "ke" dalam rumusan bahasa Malaysia SPM. Walau bagaimanapun, adakah panduan mengira perkataan ini juga diaplikasikan dalam Karangan bahasa Malaysia? Terima kasih | Perkataan di samping itu dikira sebagai tiga patah perkataan. Ke sekolah dikira sebagai dua patah perkataan. Hal ini kerana setiap perkataan tersebut mempunyai makna. | Istilah | 21.08.2010 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan.Ibu bapa juga berbuat demikian apabila menampak anak jiran pergi ke tuisyen.Mereka pun mencontohi perbuatan jiran untuk menunjukkan mereka pun mampu menghantar anak ke kelas tuisyen.Dalam persaingan antara ibu bapa dengan jiran,anak-anak menjadi mangsa.Anak-anak terpaksa akur kepada cakap ibu bapa dan pergi ke kelas tuisyen.Perbuatan ibu bapa ini dapat dikatakan“gajah sama gajah berganding,pelanduk mari di tengah-tengah". | Dalam ayat pertama lagi "Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan" mengandungi kesalahan . Penggunaan kata kurang tepat, kata sendi nama tidak tepat dan bahasa percakapan, maka ayat yang dibina tidak gramatis. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati.
| Tatabahasa | 29.09.2015 |
Dekat mana saya boleh dapatkan info mengenai perubahan morfologi kata antara Kamus Dewan Edisi ke-3 dan ke-4? Terima Kasih. | Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat. | Lain-lain | 08.02.2018 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat banyak ungkapan dan ayat contoh “hingga ke”. Antara ungkapan itu ialah “panjangnya hingga ke pinggang” (di bawah masukan blaus, hlm. 195), “dari selatan hingga ke utara” (di bawah masukan daksina, hlm. 305) dan “dari pinggang hingga ke paras lulut” (di bawah masukan samping II, hlm. 1382). Antara ayat contoh yang mengandungi “hingga ke” terdapat pada halaman 617 (di bawah masukan jejak, menjejaki), 1418 (di bawah masukan selak, menyelak) dan 1392 (di bawah masukan sara, menyara). Susunan berturutan “hingga ke” dalam ungkapan dan ayat contoh itu gramatis atau tidak? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Pegawai itu berjaga hingga pagi. Anaknya belajar hingga peringkat universiti. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama tidak berdampingan dengan kata sendi nama (ke) yang lain. Oleh itu, penggunaan hingga ke berdampingan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis. | Tatabahasa | 06.12.2009 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan.Ibu bapa juga berbuat demikian apabila menampak anak jiran pergi ke tuisyen.Mereka pun mencontohi perbuatan jiran untuk menunjukkan mereka pun mampu menghantar anak ke kelas tuisyen.Dalam persaingan antara ibu bapa dengan jiran,anak-anak menjadi mangsa.Anak-anak terpaksa akur kepada cakap ibu bapa dan pergi ke kelas tuisyen.Perbuatan ibu bapa ini dapat dikatakan“gajah sama gajah berganding,pelanduk mari di tengah-tengah". | Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
apakah maksud mahupun? kd edisi4 mengatakan mahupun maksud dia walaupun? Persoalan ialah perkara sampingan di samping tema sama ada tersurat mahupun yang tersirat. penggunaan 'mahupun' dlm ayat di atas betul ke? | Mahupun bermaksud meskipun, walaupun, ataupun. Oleh itu, penggunaan mahupun dalam ayat tersebut betul. | Lain-lain | 31.05.2010 |
Saya ingin mohon khidmat DBP untuk menyemak terjemahan dari bahasa Inggeris ke BM. Terima kasih. ENGLISH TEXT Management Philosophy Epson aspires to be an indispensable company, trusted throughout the world for our commitment to openness, customer satisfaction and sustainability. We respect individuality while promoting teamwork, and are committed to delivering unique value through innovative and creative solutions. EXCEED YOUR VISION As Epson employees, we always strive to exceed our own vision, and to produce results that bring surprise and delight to our customers. BM TRANSLATION Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan, dipercayai di seluruh dunia untuk komitmen kami terhadap keterbukaan, kepuasan pelanggan,dan kemampanan. Kami menghormati individualiti di samping memupuk kerja berpasukan, dan komited untuk memberi nilai yang unik melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. EXCEED YOUR VISION Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melebihi visi kami sendiri, dan untuk menghasilkan keputusan yang mengagumkan serta menggembirakan pelanggan kami. | Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut: Falsafah Pengurusan Epson bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang amat diperlukan dan dipercayai di seluruh dunia kerana iltizam kami dari segi bersikap terbuka, kepuasan pelanggan,dan kemampanan syarikat. Di samping memupuk kerja berpasukan, kami menghormati keindividualan dan beriltizam untuk memberikan nilai bitara melalui penyelesaian yang inovatif dan kreatif. MELAMPAUI WAWASAN ANDA (EXCEED YOUR VISION). Sebagai pekerja Epson, kami sentiasa berusaha untuk melampaui wawasan kami sendiri dan menghasilkan keputusan luar dugaan serta menggembirakan pelanggan kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2017 |
Ibnu Ibrahim Nov 10th, 8:39pm askm tuan sy nk tya buku terjmhan fiqh islam wa adilatu krgan dr wahbah zuhaili ada stok ke? Ibnu Ibrahim Nov 10th, 8:39pm satu lg buku daftar ejaan jw ada ke? | Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasih | Lain-lain | 11.11.2015 |
minta terjemah ayat "quit smoking centre" dalam bahasa malaysia, bolehkah mengguna "pusat berhenti merokok"? sila maklumbalas ke emel xenexmail@gmail.com, terima kasih | Jika diterjemahkan secara langsung 'Quit smoking centre' dalam bahasa Melayu ialah 'Pusat Berhenti Merokok'. Walau bagaimanpun terjemahan ini terlalu umum dan kami mencadangkan diberi nama lain yang lebih indah di samping tidak mengaitkan pusat 'pemulihan' tersebut dengan kegiatan merokok. | Istilah | 02.04.2011 |