Ayat mana satukah yang boleh diterima? 1. Mereka ke sana menaiki kereta. 2. Mereka ke sana dengan menaiki kereta. 3. Mereka menaiki kereta ke sana. | Ayat yang betul ialah 1 dan 3.
| Tatabahasa | 26.07.2021 |
Tuan, Ayat manakah di bawah ialah ayat gramatis? 1. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga setengah petang. 2. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga jam setengah. Terima kasih. | 1. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga setengah petang, merupakan ayat gramatis | Tatabahasa | 01.06.2020 |
Salam tuan. Antara ayat (i) dan (ii), yang manakah gramatis? Soalan 1 (i) Saya pergi ke sana pagi tadi? ATAU (ii) Saya pergi ke sana pada waktu pagi tadi? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Saya pergi ke sana pagi tadi.” | Tatabahasa | 17.03.2023 |
penggunaan ke sana sini adakah betul? | Penggunaan ke sana sini adalah betul. | Tatabahasa | 24.03.2016 |
Banyak orang pergi ke sana. Ayat ini gramatis? Ramai wajar menggantikan banyak? Terima kasih. | Ayat "banyak orang pergi ke sana" adalah gramatis kerana banyak juga boleh digunakan untuk manusia selain daripada ramai. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
BURUNG MERPATI HINGGAP DI/PADA DAHAN POKOK SENA SETELAH TERBANG KE SANA KE SINI | DI DAN PADA BOLEH DIGUNAKAN. TATABAHASA DEWAN - SENDI NAMA DI DAN PADA | Tatabahasa | 20.05.2011 |
apakah maksud tersusup - sasap? | Makna susup-sasap ialah menyorok (masuk) ke sana ke mari.Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1555. | Makna | 02.06.2008 |
saya ingin mengetahui maksud susup-sasap dengan lebih jelas | Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari. | Makna | 20.09.2011 |
sila tandakan kesalahan dalam ayat berikut, (A. Sejak) berpindah ke sana, Ali turut terlibat (B. di dalam) kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua (C. serta) membantu orang miskin. (D. tiada kesalahan). pada pendapat saya, kesalahannya adalah B, sepatutnya dalam. | Ayat yang gramatis, sejak berpindah ke sana, Ali turut terlibat dalam kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua serta membantu orang miskin. Pendapat tuan betul, kesalahan pada jawapan B. di dalam. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Assalam Tuan, Mohon penjelasan pola ayat bagi ayat berikut: Pemandangan indah di Pantai Morib sangat menakjubkan pelancong yang berkunjung ke sana. Jazakallahukhairan Azura | Pola ayat yang betul ialah Pemandangan indah di Pantai Morib sangat mengagumkan/memukau pelancong yang berkunjung ke sana. | Lain-lain | 10.10.2019 |