Apakah ejaan yang betul, kesemua atau ke semua | Ejaan yang betul ialah kesemua. | Ejaan | 07.12.2012 |
Adakah penggunaan kami semua dalam ayat betul? Contoh ayat : Kami semua ke sekolah menaiki bas. Kami telah bantu atau telah kami bantu | Frasa kami semua (termasuk kita semua, mereka semua, kalian semua) boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan walaupun perkataan kami sudah menunjukkan unsur jamak. Kedua-duanya betul - kami telah membantu.../telah kami bantu... | Tatabahasa | 10.05.2010 |
Kamu semua boleh pulang ke kelas-kelas kamu semua. Ayat di atas betul ke? | Ayat yang betul ialah "Kamu semua boleh kembali ke kelas masing-masing." | Tatabahasa | 12.05.2022 |
1. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke karnival buah-buahan tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. 2. "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. Ayat yang mana satukah yang betul? Boleh berikan penerangan sama ada "karnival buah-buahan tempatan" merupakan kata nama am atau khas. Terima kasih. | Kata nama khas terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Karnival Buah-buahan Tempatan tergolong dalam kata nama khas tak hidup dan menggunakan huruf besar pada pangkal setiap perkataan. Ayat yang betul ialah "Saya harap kamu semua dapat hadir ke Karnival Buah-buahan Tempatan yang akan dijalankan pada hujung minggu ini," kata Cikgu Suraya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 84 – 85. | Tatabahasa | 17.07.2024 |
Bapa membawa kami semua pergi ke berenang di laut. (Sama ada ayat tersebut adalah betul?) | Ayat yang betul: Bapa membawa kami semua pergi berenang di laut. | Tatabahasa | 06.02.2014 |
Assalamualaikum saya nak tanya proses pertukaran ayat aktif berikut kepada ayat pasif betul atau salah Ayat aktif: Guru itu memanggil semua muridnya ke pejabat Guru Besar" Ayat pasif : Semua muridnya dipanggil ke pejabat Guru Besar oleh guru itu. | kedua-dua ayat aktif dan pasif tersebut betul. | Tatabahasa | 15.03.2014 |
Pengggunaan kata sendi manakah yang betul: 1) Terima kasih di atas bantuan semua. 2) Terima kasih ke atas bantuan semua. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah: 1) Pengerusi mengucapkan terima kasih atas bantuan semua (di atas dan ke atas menunjukkan tempat/arah) | Tatabahasa | 31.05.2018 |
Saya dari UNICEF (United Nation Children's Fund). Kami dalam proses menterjemah logo dan tagline kami ke bahasa Melayu. Tagline kami dalam Bahasa Inggeris adalah "For Every Child". Kami ingin menterjemahnya ke "Untuk Semua Anak" kerana Kanak-kanak agak panjang. Adakah terjemahan "Untuk Semua Anak" betul atau patutkah kami gunakan sahaja "Untuk Semua Kanak-kanak". Terima kasih, | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah untuk setiap kanak-kanak | Lain-lain | 26.07.2019 |
Kamu semua keluarkan buku-buku Bahasa Melayu kamu semua. Ayat di atas betul ke? | Jawapan yang betul ialah "Kamu semua keluarkan buku Bahasa Melayu kamu." | Lain-lain | 27.05.2022 |
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas? | Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya: i. 1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan. 2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua. 4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya. 5. Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. 6. Bunga itu merah kesemua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035. i iv | Tatabahasa | 22.08.2023 |