Salam sejahtera dan selamat malam. "Boleh saya tahu untuk apa Encik Kamarul ke sini?" Ayat ini adalah betul atau tidak? Mengapa? Sekian , terima kasih! :) | Ayat yang lebih gramatis ialah "Apakah tujuan Encik Kamarul ke sini?"
| Tatabahasa | 22.08.2013 |
Bolehkah perkataan "antara" digunakan untuk masa. Contoh- " Kalau tak silap saya, dia sampai ke sini ______ jam 8.00 hingga 8.30 pagi tadi," kata Zami kepada Baharum. Apakah jawapan yang sesuai. | Dalam ayat tersebut, penggunaan kata 'antara' untuk masa betul. "dia sampai di sini". Bukannya seperti yang saudara nyatakan "dia sampai ke sini". Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 06.05.2009 |
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya. | Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Bolehkan saya menghantar karya seperti sajak,pantun dan syair saya ke sini?Adakah saya akan mendapat apa-apa ganjaran?Apakah alamat surat-menyurat untuk menghantar karya saya? | Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya karya saudara adalah untuk bacaan dewasa. Jika untuk tatapan kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Karya tersebut sama ada sajak, pantun, atau syair mestilah dalam bentuk manuskirp yang jumlahnya tidak kurang daripada 100 buah untuk sajak. Manakala syair dan pantun bergantung pada tema, setiap tema pantun mestilah tidak kurang daripada 500 rangkap pantun dan syair pula tidak kurang daripada 150 halaman untuk setiap syair. Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara tidak berhajat untuk menerbitkannya dalam bentuk buku. Setiap karya yang dipilih untuk diterbitkan dalam bentuk buku, akan diberikan ganjaran dalam bentuk royalti, manakala jika disiarkan dalam majalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, akan diberikan ganjaran dalam bentuk honorarium. | Lain-lain | 29.05.2010 |
BURUNG MERPATI HINGGAP DI/PADA DAHAN POKOK SENA SETELAH TERBANG KE SANA KE SINI | DI DAN PADA BOLEH DIGUNAKAN. TATABAHASA DEWAN - SENDI NAMA DI DAN PADA | Tatabahasa | 20.05.2011 |
bolehkah kata bantu aspek "belum" dan "pernah" digunakan serentak dalam ayat: CTH: Saya belum pernah ke sini. | Puan Norliza, Ayat di atas tidak ada salahnya. Kita seharusnya berfikir dalam bahasa Melayu sebelum bertutur, dan begitu juga sebaliknya jika kita bertutur dalam bahasa Melayu sedangkan kita berfikir (menterjemahnya) dalam bahasa Inggeris maka ayat yang akan lahir tentu lebih cenderong mengikut tatabahasa Bahasa Inggeris | Tatabahasa | 16.04.2010 |
Soalan 1 Bolehkah penggunaan kata bantu aspek seperti 'belum' dan 'pernah' hadir bersama-sama dalam satu ayat?Contohnya Saya belum pernah datang ke sini. Sekiranya penggunaan tersebut dibolehkan,apakah sebabnya Soalan 2 Bagaimana pula dengan penggunaan perkataan 'lagipun' Adakah perkataan ini boleh ditulis dalam ayat? Terima kasih | 1. Dalam bahasa Melayu, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 473. 2. Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan lagipun boleh digunakan yang bermaksud lagi pula.Contoh ayat: tidaklah berani orang Kemboja melawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun taruhnya terlalu besar. | Tatabahasa | 16.04.2010 |
Soalan 1 bolehkah penggunaan kata bantu aspek seperti 'belum' dan 'pernah' hadir bersama-sama dalam satu ayat? Contohnya Saya belum pernah datang ke sini. Soalan 2 bagaimana dengan penggunaan perkataan 'lagipun'? | 1. kata bantu belum dan pernah boleh hadir secara berturutan dalam satu ayat. 2. Lagipun bermaksud lagi pula dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 16.04.2010 |
salam...saya agak kurang faham dengan kata adverba. soalan saya, adakah setiap perkataan selepas kata kerja merupakan kata adverba ? Adakah setiap kata adverba itu perlu diikuti selepas kata sendi nama?? | Untuk lebih memahami kata adverba kita perlu memahami fungsi kata tersebut iaitu menerangkan kata kerja,kata adjektif atau frasa sendi nama, contohnya; "Beliau selalu memperkatakan hal itu", "Anaknya datang ke sini diam-diam". Kedua-dua contoh ini kata adverba yang menerangkan kata kerja dan jika diperhatikan kata adverba dapat hadir sama ada sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (kata kerja). Contoh lain; "Kami serat-merta ke rumahnya apabila mendapat khabar itu" dan "Orang tua itu itu selalu ke tepi tasik menyendiri". kata adverba yang merangkan frasa sendi nama. Kata adverba juga dapat hadir sebelum atau selepas unsur yang diterangkan (frasa sendi nama - bukan kata sendi nama). | Tatabahasa | 11.03.2009 |
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini? | Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. | Tatabahasa | 25.06.2008 |