ayat mana satukah yang beetul? 1) Ke situ kamu harus pergi. 2) Ke situ harus kamu pergi. Setahu saya, ayat 2 yang betul sebab itu ayat songsang. Ayat 1 salah sebab ke situ (preposisi) tidak boleh menjadi subjek dalam ayat pasif. Betul tak hujah saya? Sila jelaskan kepada saya. terima kasih. | Ayat songsang memindahkan konstituen predikat ke hadapan subjek. Perlu diingat walaupun pemindahan tersebut berlaku setiap unsur dalam subjek dan predikat kekal fungsinya sebagai subjek dan predikat juga. Dalam contoh ayat yang diberi ayat asal ialah - Kamu harus pergi (subjek - Frasa Nama) + ke situ (predikat - Frasa Sendi Nama) dan apabila disongsangkan menjadi "Ke situ kamu harus pergi" (ayat 1). | Tatabahasa | 22.06.2011 |
maksud dari mana kita datang,ke situ juga kita akan kembali | Berdasarkan pemahaman kami, makna ayat tersebut ialah mengenai kehidupan manusia yang datang daripada tanah dan kembali ke tanah. Namun, ayat ini boleh membawa maksud mengikut makna tersirat yang ingin diterangkan. | Makna | 25.08.2009 |
Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara). Di situ bermaksud di tempat itu. | Makna | 13.08.2011 |
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy | 1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas. 4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. terima kasih I) Siti pernah belajar di situ pada beberapa tahun yang lalu. 2) Pak Cik Dollah akan pergi ke sana dengan menaiki bas. 3) Tanah di sini memang sesuai untuk penanaman kelapa sawit. 4) Mak Tam dan suaminya tinggal di rumah yang usang itu. 5) Kek coklat yang enak itu dibuat oleh emak saya pada malam tadi. | Sebahagian yat yang berikut telah dibuat pembetulan: I) Siti pernah belajar di situ beberapa tahun yang lalu. 2) Pak Cik Dollah akan pergi ke sana dengan menaiki bas. 3) Tanah di sini memang sesuai untuk penanaman kelapa sawit. 4) Mak Tam dan suaminya tinggal di rumah yang usang itu. 5) Kek coklat yang enak itu dibuat oleh emak saya pada malam tadi. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
apakah perbezaan penggunaan kata dapat dan boleh? bagaimanakah untuk bezakan situ dan sana, | "Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki). Situ = (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara) manakala sana = tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Kamus Dewan edisi ke-4. | Makna | 12.08.2009 |
Encik, Adakah ayat di bawah ini betul? 1) Osman suka duduk di tepi sawah kerana dia dapat menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ pada sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang / Menurut Ali, dia berasal bukan dari Melaka tetapi dari Pahang. 4)Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang dituju. 5) Wah, comel-comelnya anak awak! / Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga-bunga yang sedang mekar di taman. | Ayat berikut saya betulkan: 1) Osman suka duduk di tepi sawah sambil menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang. 4) Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang di tuju. 5) Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga yang sedang mekar di taman. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
Salam, apakah maksud kumbahan? Contoh ayat yang menggunakan perkataan 'kumbahan', iaitu: 1. Banyak sungai di negara kita tercemar disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan manusia ke dalam sungai. Jadi, apakah maksud kumbahan di situ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada maksud yang jelas untuk kumbahan. Tetapi, air kumbahan dimaksudkan sebagai air yang telah digunakan untuk membasuh. Adakah tepat maksud itu berdasarkan contoh ayat yang saya berikan tadi? Menurut pendapat saya, kumbahan dalam ayat bermaksud 'bahan buangan manusia seperti najis dan sebagainya'. Sila berikan penjelasan. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, kumbah sama dengan mengumbah iaitu membersihkan dengan air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki mencaci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yang telah digunakan untuk membasuh. Menurut maksud tersebut, kumbahan bukan bermaksud bahan buangan manusia seperti najis. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Bagaimanakah untuk membezakan imbuhan ber untuk kata kerja tak transitif dan ber untuk kata kerja pasif?Adakah yang di bawah betul? i. Penduduk di situ dinasihati agar mematuhi arahan pihak berkuasa supaya berpindah pada bila-bila masa. Bolehkah ayat tunggal pasif dan ayat tunggal aktif digabungkan dalam satu ayat majmuk? | Contoh imbuhan ber dalam ayat aktif ialah saya berjalan ke sekolah, manakala dalam ayat pasif ialah baju itu belum berjahit. i. Ayat tersebut betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 29.07.2010 |
Apakah perbezaan antara mula dan mulai? | Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini. Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari? | Makna | 18.02.2013 |