tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan | 1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah). 2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYA | Boleh. Sentral bermaksud 1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara. | Istilah | 09.06.2010 |
Assalammualaikum W.B.T bolehkah perkataan 'malam' di pendekkan sebagai 'mlm'? bagaimana dengan 'tengah malam', 'pagi' , 'tengah hari'? tujuan penggunaan: Digunakan untuk mempromosi rancangan TV untuk siaran di TV contoh 1: PERTANDINGAN AKHIR MIMPI KE BINTANG Sabtu , 16 Mac , 9.00mlm ATAU 9.00 malam contoh 2: LANTAI CILIK Setiap Sabtu, 1.00 tgh.hari ATAU 1.00 t/hari ATAU 1.00tghari ATAU alternatif lain? | Singkatan ejaan adalah seperti yang berikut: PAGI - PG., TENGAH HARI - TGH. HARI, PETANG - PTG. DAN MALAM - MLM. (mesti ada tanda titik) seperti 10 PG. - 8 MLM. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
boleh tolong nyatakan contoh kata sendi nama menunjukkan masa. | Berikut merupakan kata sendi nama yang menunjukkan masa: 1. pada = ...pada tengah malam yang sunyi. 2. dari = ...dari kurun ke-18. 3. ke = ... dari pagi ke petang 4. sejak= ... sejak dua tahun yang lalu 5.hingga/sampai = ...berjaga hingga pagi/ ...mengaji al-Quran sampai dinihari. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Bolehkah beri maksud bagi peribahasa di bawah ini, kerana saya sudah cari banyak buku rujukan atau peribahasa tetapi masih tidak dapat cari... 1 kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari 2 dendam tak sudah 3 ambil mudah 4 merak mengigal di hutan Terima kasih. | Sdr. Gan, 1. maksudnya- jika berkasih sayang biarlah daripada mula kita bercinta hinggalah ke akhir hayat. bukannya sampai separuh jalan berpisah. 2. bermaksud seseorang yang berdendam dengan seseorang dan tidak mahu pula memaafkannya sampai bila-bila 3. Melakukan sesuatu kerja dengan tidak mahu berfikir panjang, asal siap sudah 4. yang ini saya pernah dengar tetapi pada ketika ini masih belum dapat berikan maknanya. | Makna | 01.12.2010 |
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2. (muka surat 78) Betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca. 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang kemudian disangkutkan ke bahu. (perlu betulkan apa-apa tanda baca lagi?) | Selamat tengah hari. Berdasarkan ayat tersebut, oleh sebab ayat terlalu panjang, dicadangkan tuan/puan memasukkan tanda koma selepas perkataan pinggang untuk memberikan jeda pada ayat. Terima kasih. | Lain-lain | 23.05.2012 |
Salam....saya ingin mencadangkan agar DBP lebih aktif dalam menganjurkan lebih banyak pertandingan menulis esei terutamanya yang bersifat akademik yang mampu mencabar keupayaan daya fikir pelajar IPT di Malaysia.Saya dapati pertandingan seperti ini amat kurang di anjurkan dan juga kurang publisiti.Mohon kerjasama agar hal ini dapat diberi perhatian agar langkah yang sewajarnya diambil bagi memperkasakan daya intelektual mahasiswa tempatan.sekian | Waalaikumusalam wbk. Ribuan terima kasih atas cadangan menarik daripada sdr itu. Pihak kami akan mengetengahkan cadangan sdr itu untuk perhatian dan tindakan Jabatan/Bahagian yang berkaitan dalam DBP. Bagi mengetahui dan mengikuti aktiviti semasa DBP, pihak kami juga mengalu-ngalukan agar dari semasa ke semasa pihak sdr dapat melayari laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my. Berhubungan dengan program pertandingan, buat kali ketiga pada tahun ini, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan program Akademi Sastera 2010 pada 28 Oktober 2010 (Khamis), pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Program ini melibatkan penyertaan sembilan (9) buah universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan penyelidik sastera dan memupuk kemahiran berkomuniksi serta penggunaan kaedah penyampaian ilmu kritikan sastera di kalangan pelajar IPTA. Dalam hal ini, pihak kami mengalu-ngalukan kehadiran sdr dan pelajar-pelajar IPTA yang lain untuk turut serta ke dalam program Akademi Sastera ini. Sekian dimaklumkan, terima kasih. Wassalam. | Lain-lain | 19.10.2010 |