FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KEKELIRUAN PENGGUNAAN KATA MENGENEPIKAN DAN MENGETEPIKAN. | Kata tepi apabila mendapat imbuhan meN menjadi menepikan. Frasa ke tepi apabila mendapat imbuhan meN menjadi mengetepikan. Faktornya ialah kekeliruan antara kata tepi dan frasa ke tepi yang menerima imbuhan meN. | Ejaan | 07.04.2008 |
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy | 1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas. 4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.10.2010 |
salam apakah perbezaan antara mengetepikan dengan mengenepikan.sekian terima kasih | Perkataan yang betul ialah 'mengetepikan' yang bermaksud memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan mengetepikan kain-kain buruk yang berselerak di rumah itu; 2. tidak mementingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya; 3. tidak mengendahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya mengetepikan idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak mengetepikan Datuk Bendahara; 5. mengeluarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkirkan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah mengetepikan semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Tiada perkataan 'mengenepikan kerana kata dasarnya ialah 'ketepi'. Oleh itu, huruf yang gugur hanya di awal, iaitu 'k'. | Tatabahasa | 11.10.2010 |
tuan, beberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. atau beberapa orang pemuda telah membantu menepikan kereta TQ | Beberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. Mengetepikan bermaksud memindahkan ke tepi. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Adakah ayat ini betul? 1) Saya mengasingkan sayur di tepi pinggan. (nak sampaikan maksud tidak suka makan sayur. 2) "Isteri saya sudah pulang," kata penguin. (adakah perkataan isteri di dalam ayat ini sesuai untuk merujuk kepada binatang?) | 1. Saya mengasingkan sayur ke tepi pinggan. 2. Dalam penulisan kreatif, penggunaan perkataan "isteri" untuk merujuk haiwan dibenarkan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
bagaimana beza meniduri dan menidurkan ? perkataan sarana. bm atau bahasa lain, apakah maksud sebenar? tk. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menidurkan ialah membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah menidurkan anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita menidurkan kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;. Manakala meniduri ialah 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis meniduri pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;. Sarana ialah (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai sarana yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya. | Tatabahasa | 23.02.2013 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |
1) saya keliru dengan penggunaan katerangan dengan adverba, bagaimana kedudukan kedua-duanya dalam ayat. 2) perkataan "ia", "banyak", bagi orang dan binatang? 3) adakah perkataan "tak" ialah bahasa baku atau tidak, dulu cikgu saya larang guna "tak" dalam karangan, tapi mengapa istiliah kata kerja "tak" transitif digunakan? | 1. Kata adverba ialah keterangan, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Lihat contoh penggunaannya; i. Beliau selalu memperkatakan hal itu. (menerangkan kata kerja), ii. Badannya sentiasa sihat. (menerangkan kata adjektif), iii. Orang tua itu selalu ke tepi tasik menyendiri. (menerangkan frasa sendi nama) 2. "ia" ialah kata ganti nama diri ketiga (orang) dan kata ganti nama benda yang dibicarakan (bukan manusia). "Banyak" boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia. 3. "Tak" singkatan bagi perkataan tidak dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan. Oleh itu penggunaan "tak" dalam konteks rasmi dianggap tidak baku. Walau bagaimanapun pakar bahasa telah mengiktiraf istilah "kata kerja tak transitif" berkemungkinanan melihat kepada persamaan makna antara tak dengan tidak, dan nilai ekonomi dalam istilah tersebut. | Tatabahasa | 08.04.2009 |
Assalamualaikum. Apakah kata dasar bagi kata terbitan 'mengebumikan'? Adakah kata 'bumi' atau 'kebumi'? Jika tidak silap saya imbuhan 'menge-...-kan' hanya digunakan untuk perkataan satu suku kata sahaja. Harap dapat penjelasan lanjut daripada pihak tuan. Terima kasih. | Kata akar bagi perkataan mengebumikan ialah bumi. Ejaan yang gramatis ialah "mengebumikan", “mengetengahkan“ dan “mengetepikan“, bukan "mengkebumikan", “mengenengahkan“ dan “mengenepikan“. Hal ini kerana kata dasar yang daripadanya kata kerja tersebut diterbitkan ialah "ke bumi", “ke tengah“ dan “ke tepi“. Huruf yang mengalami perubahan hanyalah huruf pertama, iaitu “k“ menjadi “ng“. | Tatabahasa | 23.09.2013 |
LOS ANGELES 22 Ogos – Upacara pengkebumian Michael Jackson telah ditangguhkan sehingga 3 September ini daripada tarikh asal pada 29 Ogos. - Utusan Online Betulkah penggunaan kata 'pengkebumian' pada ayat tersebut. Jika salah, mengapakah media cetak menggunakannya? Bagaimana pula dengan kata 'ketepi' dan 'ketengah' apabila menerima imbuhan meN-....-kan? Terima kasih. | Istilah yang betul ialah pengebumian. Media menggunakan pengkebumian mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui tatabahasa yang betul. Bagi kata ke tepi dan ke tengah apabila menerima imbuhan meN- akan menjadi mengetepikan dan mengetengahkan kerana huruf yang digugurkan ialah huruf k pada ke tepi / ke tengah, bukan huruf t. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 152. | Tatabahasa | 22.08.2009 |