| 1) pada waktu pagi atau pada pagi? Sebab apa? Cth ayat: Suasana amat tenang pada pagi / pada waktu pagi yang berbahagia ini. 2) Apakah perbezaan antara ke dengan ke dalam? Cth: masuk ke dalam dewan atau masuk ke dewan? 3) Adakah dari semasa ke semasa mempunyai maksud yang sama dengan dari masa ke masa? 4) ke arah utara/selatan/timur/barat atau ke utara/selatan/timur/barat? Ribuan Terima Kasih ! | 1. Penggunaan frasa “pada waktu pagi” dan “pada pagi” dalam contoh ayat yang diberikan, betul kerana kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. 2. Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Manakala “ke dalam” merupakan frasa sendi nama untuk menunjukkan konsep ruang. Ayat yang betul ialah “Masuk ke dalam dewan”. 3. “Dari semasa ke semasa” membawa maksud yang sama dengan “dari masa ke masa”. 4. Frasa yang betul ialah ke arah utara, ke arah selatan, ke arah timur dan ke arah barat.
| Tatabahasa | 23.01.2022 |
| Ayat manakah yang betul : 1. Kita haruslah berhati-hati apabila (memuat naik/ memuatnaikkan) gambar (ke / ke dalam) laman media sosial. | Ayat yang betul ialah Kita haruslah berhati-hati apabila memuat naik gambar ke laman media sosial. | Tatabahasa | 03.11.2021 |
| Karnival Kerjaya Ke-3 atau Ketiga? Apakah hukum menulis ke- (bagi menunjukkan bilangan ke berapa?) Bilakah sesuai guna nombor dan bilakah mesti guna perkataan? | Frasa yang betul ialah Karnival Kerjaya Kali Ketiga atau Karnival Kerjaya Kali Ke-3. Penggunaan kata sendi nama “ke-” dalam penomboran dimulai dengan nombor 2 hingga yang seterusnya dan boleh juga ditulis sama ada dalam bentuk ejaan penuh atau penomboran, contohnya “ketiga” atau “ke-3”. Kata sendi nama “ke” dieja menggunakan “K” huruf besar bagi tajuk. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (DBP 2023) halaman 165. | Tatabahasa | 02.11.2025 |
| 1. Dia belum sampai ke/di hospital. 2. Dia sudah sampai di/ke hospital. Penggunaan ke/di, mana yang betul? | Penggunaan kata sendi nama dan ayat yang betul ialah “Dia sudah sampai di hospital.”. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contohnya: Dia akan ke hospital. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265 – 268 untuk keterangan lanjut.
| Tatabahasa | 31.03.2026 |
| Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri , mesti ada kata sendi ke? Atau kita juga terima masuk telinga kanan, keluar telinga kiri? | Perkataan "masuk" ialah kata kerja aktif transitif. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap dan boleh juga diikuti dengan unsur keterangan (kata sendi nama). Dari aspek makna pula masuk bermaksud pergi ke dalam. Oleh itu, ungkapan yang betul ialah "Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri". | Tatabahasa | 14.05.2026 |
| Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke? | Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama. | Makna | 20.05.2023 |
| Yang manakah ayat yang betul. Mesyuarat Jawatankuasa Akademik kali ke-10 atau Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kali Ke-10? Kali ke itu, huruf besar atau kecil? | Ayat yang betul ialah “Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Kali Ke-10”. | Tatabahasa | 16.03.2026 |
| Masuk ke dalam van. Naik ke dalam van. Ayat yang manakah betul? | Ayat yang betul ialah "Masuk ke dalam van." Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 256 untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Tatabahasa | 31.01.2024 |
| Saya dan ayah pergi ke kedai dengan bersama. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah "Saya dan ayah pergi ke kedai" atau "Saya pergi ke kedai bersama ayah" atau "Saya pergi ke kedai dengan ayah". | Tatabahasa | 28.01.2024 |
| cara yang betul untuk menulis Jadual ke 13 adakah - Jadual Ketiga belas atau Jadual Ke Tiga Belas atau Jadual Ke-Tigabelas | Dalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh. Manakala nombor 10 ke atas hendaklah ditulis nombor. Frasa yang betul ialah Jadual ke-13. | Lain-lain | 05.11.2020 |