Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke-enam

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima enam tujuh setengah;
Sungguhpun pandai tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu. 2)Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali. 3)Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian.Perkataan yang bergaris mengandungi kesalahan ejaan/tatabahasa.
1) Kedai kerinting rambut milik Puan Zaitun mampu menarik ramai berkunjung, terutama pada hari minggu.
2) Tindakan segelintir pelajar kelas itu menggunakan pensil ketika menjawab soalan peperiksaan menyebabkan mereka teguran oleh Cikgu Razali.
3) Kuasa barat mula menjajahkan negara itu pada awal abad ke enam belas dan berakhir lima abad kemudian.
Tatabahasa01.04.2014
Salam tuan, Adakah ejaan guru besar dan ayat di bawah betul? Contoh ayat: 1.Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. 2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia.1. Ahmad telah dipanggil oleh Guru Besar kerana tidak hadir ke kelas tambahan tahun enam. - guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil
2. Guru Besar En Mohammad Sani telah merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah Taman Mulia. - ejaan yang betul Guru besar En Mohammad Sani ...
Tatabahasa20.06.2012
Salam sejahtera. Penjelasan yang diberikan oleh Munsyi Dewan yang berkenaan tidak lulus pada akal. Saya mengatakan demikian kerana adakah “tingkatan” merujuk kepada tempat? Walhasil, kata “tingkatan” membawa makna taraf ataupun tahap (kedudukan). Buktinya, frasa “sekolah menengah” membawa makna “sekolah daripada tingkatan satu hingga tingkatan enam” (definisi KD). Mengapakah tidak dikatakan sekolah dari tingkatan satu ke tingkatan enam? Bagaimanakah pula dengan frasa sendi nama “pada peringkat sekolah”, bukan “di peringkat sekolah”? Sepanjang pengetauan saya, “jurusan” membawa makna arah/hala ( dari jurusan Thailand) serta membawa maksud aliran pengajian (jurusan sains). Persoalannya, adakah frasa “di bawah Kementerian Pelajaran” merujuk kepada jurusan ataupun hala? Kata nama “kementerian” merujuk kepada organisasi ataupun institusi yang berhubung kait dengan manusia. Jikalau “kementerian” ialah jurusan ataupun hala, bagaimana pula dengan frasa “menerima surat daripada kementerian”? Penjelasan anda amat dialu-alukan. Sekian.
Salam Sejahtera. Soalan yang diutarakan oleh saudara sebelum ini ialah "Adakah ‘di tingkatan lima’ merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata ‘disebut-sebut di bibir’ ataupun ‘tidak lekang di bibir’?". Kenyataan yang baharu dikemukakan oleh saudara ialah "tingkatan" dan "sekolah menengah". Frasa "di tingkatan lima" merujuk maksud khusus, iaitu tempat. Ayat contoh ialah "Dia belajar di tingkatan lima", dan sebaliknya jika dibuat ayat "Dia belajar pada tingkatan lima" ayat ini adalah salah. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa "pada peringkat sekolah" adalah betul. Penggunaan kata sendi nama seperti "di bawah" dan "daripada" seperti ayat contoh yang dikemukakan oleh saudara perlu dilihat pada maksud keseluruhan ayat. Cuba lihat ayat contoh ini "Lembaga Peperiksaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia" dan "Saya menerima surat penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia". Kata sendi "di bawah" jelas menunjukkan hierarki sesebuah agensi berdasarkan carta organisasi sesebuah kementerian. Kata sendi "daripada" pula merujuk sumber daripada individu dan institusi, dan berbeza daripada kata sendi "dari" yang melibatkan masa dan arah. Semoga penjelasan ini membantu saudara.

Tatabahasa30.04.2014
salam, Tuan/Puan, adakah ayat berikut adalah betul? perkataan "sedang" dan "hendak" boleh wujud bersama-sama? Terima kasih atas penjelasan~ 1)Encik Firdaus sedang hendak pergi ke pejabat. 2)Banjir itu jua telah memusnahkan enam buah rumah.1. Encik Firdaus hendak pergi ke pejabat. 2. Banjir itu juga telah memusnahkan enam buah rumah.Tatabahasa26.08.2013
1. Apakah perbezaan antara kompleks dengan komplek? 2. Sila jelaskan perbezaan menjatuhi dengan menjatuhkan Terima kasih.Ejaan yang betul ialah kompleks, tidak ada perkataan komplek dalam bahasa Melayu. Perbezaan kedua-dua perkataan tersebut boleh dilihat dalam ayat contoh yang berikut: Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara selama enam tahun dan Hakim menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun ke atas pesalah itu.Tatabahasa03.07.2012
Benarkan bahawa pendapat yang mengatakan bahawa guru atau pelajar itu menandakan perkataan tunggal dan jamak sekaligus ? contoh ayat : 1. Guru di sekolah itu telah mengadakan lawatan ke Langkawi. 2. Pelajar Tingkatan Enam dikehendaki hadir ke sekolah pada petang ini. Kemusykilan : Adakah semua contoh ayat itu perlu menggunakan : 1. Guru-guru atau sekadar "Guru ". 2. Pelajar-pelajar atau sekadar "Pelajar". atau ada cadangan lain . Terima kasihj

Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan guru dan pelajar tidak perlu dijamakkan kerana sudah menunjukkan makna banyak.  Secara logiknya, dalam lawatan mestilah disertai oleh ramai orang. 

Tatabahasa09.02.2009
contoh-contoh pantun dua kerat,empat kerat,enam kerat,lapan kerat dan duabelas keratKNBDBP tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, Kuala Lumpur untuk merujuk bahan-bahan tersebut. Sekian, terima kasih.Lain-lain05.09.2007
"Bayangkan permukaan sebuah jam, di mana peserta berada di lokasi pukul enam dan mereka perlu membalingkan batang kayu tepat ke arah pukul dua belas untuk mendapatkan keputusan terbaik." Bolehkah "di mana" dipakai dalam ayat di atas? Terima kasih.Untuk ayat di atas perlulah digugurkan penggunaan di mana.Lain-lain03.01.2008
saya pelajar tingkatan enam bawah. sekolah saya tidak menyediakan pinjaman buku teks dan saya kekurangan buku rujukan. saya ingin tahu fungsi bahasa melayu moden

Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut tentang bahasa Melayu moden termasuklah fungsi sila rujuk buku/artikel yang berkaitan kerana tajuk ini memerlukan kajian dan pembacaan lanjut.

Lain-lain04.06.2009
Semalam saya mendapat tidur selama 6 jam. Ayat ini betul ke?Ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Semalam saya tidur selama enam jam”.Tatabahasa27.10.2022
123

Kembali ke atas