Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ab.sa.han] | کأبسهن

Definisi : keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keabsahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan sesuai untuk "legitimacy of policing"?Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk legitimacy of policing ialah keabsahan pengawasan, keabsahan keselamatan atau keabsahan penjagaan.  Tuan boleh menggunakan salah satu daripada terjemahan yang tersebut mengikut konteks yang tuan maksudkan. Istilah14.10.2021
adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

 

Tatabahasa03.11.2022
Apakah perbezaan di antara meteri dan meterai dan mohon contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. Terima kasih.
Menurut data kami tiada perkataan meteri manakala meterai merujuk kepada lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada dokumen, sijil, dan sebgainya sebagai tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (untuk raja-raja), segel, tera; ~ tempel Id cap yg ditampalkan sebagai tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dan lain-lain); memeterai membubuh meterai pada (sesuatu), mengecap; termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dalam hati terasa dalam hati; pemeteraian proses memeterai: perun-dingan EAEC yang dianjurkan oleh Malaysia sebagai projek bersama dan ~ tiga dokumen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna24.10.2018

Kembali ke atas