Sebelum ini saya ada mengemukakan soalan tentang Ayat Aktif dengan Kata Kerja Transitif. Pihak DBP menjelaskan penggunaan objek dengan Kata Kerja Transitif boleh digugurkan sebagaimana ayat ini: Ayah sedang makan di dapur. Adakah terdapat keadaan-keadaan tertentu di mana penggunaan objek boleh digugurkan untuk Kata Kerja Transitif ? Terima Kasih. | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 487,ada lagi segolongan ayat aktif transitif yang boleh digugurkan objeknya jika objeknya terdiri daripada orang pertama, sama ada berbentuk tunggal atau majmuk. Ayat yang demikian mengandungi kata kerja transitif yang memperoleh ciri adjektif, iaitu kata kerja itu boleh menerima kata penguat. Lazimnya kata dasar bagi kata kerja ini ialah kata adjektif. | Tatabahasa | 31.03.2008 |
Apakah perbezaan antara kedamaian dengan pendamaian?Sila berikan contoh ayat. terima kasih. | Kedamaian bermaksud keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dan sebagainya; manakala pendamaian bermaksud perihal usaha membaikkan dua pihak (negara dsb) dengan menamatkan atau menyelesaikan perselisihan dan sebagainya, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yang bermusuhan (berperang, bertelingkah, berselisihan, dsb). | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabut | Jawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
keadaan dalam bilik darjah itu menjadi bertambah gamat apabila guru lewat masuk ke kelas. Tuan. adakah kesalahan dalam ayat ini? | Tiada kesalahan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 13.08.2011 |
Yang manakah perkataan yang mengalami glotalisasi ketika membunyikannya? soalan, lautan, muatan , keadaan? yang saya pasti 'keadaan' tapi satu lagi jawapan ialah? dan kenapa? | Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan, lazimnya dijumpai dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab. Tidak terdapat unsur glotalisasi dalam contoh kata yang saudara berikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi, Arbak Othman. | Tatabahasa | 29.10.2010 |
Apakah makna Islahiah dan Islamiyah | Dalam Kamus Dewan islah bermaksud usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai, manakala Islam ialah agama yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW. Oleh itu, perkataan islahiah dan Isalmiyah merujuk sifat yang dikaitkan dengan kedua-dua perkataan tersebut. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Keadaan rumah itu lintang-pukang apabila penyewanya berpindah. munsyi, adakah ayat ini gramatis? TQ | Lintang pukang lebih sesuai dalam konteks berlari, iaitu keadaan tunggang-langgang. Bagi menunjukkan keadaan di rumah, adalah tidak sesuai. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Salam tuan, Yang mana lebih tepat: "dalam keadaan DI MANA mata wang negara itu..." ataukah "dalam keadaan YANG mata wang negara itu..." Salam & T. Kasih | Ayat yang tepat ialah dalam keadaan mata wang negara itu... | Tatabahasa | 16.02.2011 |
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQ | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.' | Tatabahasa | 15.08.2011 |
apakah kesan kecelaruan bahasa terhadap pembakuan bahasa? apakah yang dimaksudkan dengan kecelaruan, dan contoh. | Menurut Kamus Dewan, kecelaruan bermaksud perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll atau keadaan kacau-bilau). Bagi membantu saudara mencari apakah kesan kecelaruan bahasa ini, saudara boleh membuat rujukan pada majalah-majalah atau buku terbitan Dewan Bahasa dan pustaka. | Makna | 01.08.2007 |