1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak? | Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih. | Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
tolong berikan pengertian frasa berikut bagi tujuan gubalan: 1) tidak berada dalam keadaan baik 2) tidak ditentusahkan | 1. Tidak berada dalam kedaan baik bermaksud keadaan sesuatu objek/orang/projek/kenderaan dan sebagainya, yang tidak begitu sempurna, tidak sihat atau tidak berjalan lancar. 2. Tidak ditentusahakan bermaksud tahap/keadaan/peringkat/perkembangan sesuatu itu yang belum disahkan kedudukannya. | Makna | 13.04.2007 |
apakah erti tamadun | Tamadun bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; | Makna | 08.01.2010 |
APAKAH ERTI TAMADUN ISLAM? ATAU, APAKAH ERTI TAMADUN? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tamadun ialah 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; | Istilah | 11.12.2009 |
apakah dimaksudkan komsep tamadun dari sudut bahasa& apakah ciri-ciri tamadun yang terbilang? | Tamadun bermaksud :1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, peradaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikiran (budaya dan moral) yg halus, peradaban; Saudara boleh merujuk buku-buku atau majalah-majalah yang berkaitan bagi merujuk perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri tamadun yang terbilang.
| Lain-lain | 11.07.2009 |
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ? | 1. Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. 2. Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. 3. Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2013 |
Soalan: adakah perkataan `dokumentasi' ini boleh digunapakai untuk kedua-dua keadaan, contohnya: 1)Notis Penyempurnaan Dokumentasi Guaman, 2) Dapatkan Notis Penyempurnaan Dokumen Guaman daripada Undang-undang setelah dokumentasi disempurnakan. Mohon maklumbalas segera.... tq. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dokumentasi ialah himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan. Meruuk istilah, dokumentasi ialah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat yang dirakam dalam dokumen. | Makna | 01.08.2008 |
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3) | )Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. melayur- lebih sesuai 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang. bersepah/berselerak -lebih sesuai | Tatabahasa | 03.09.2012 |
Puan, 1) Adakah perkataan "suntuk" hanya boleh digabungkan dengan perkataan "sehari' dan " semalam" iaitu "sehari suntuk" dan "semalam suntuk" ? 2) Tolong semak kesalahan dalam ayat di bawah :- Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, suntuk bermaksud ;1 sudah sampai pada hadnya sehingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk. sehari suntuk = sepanjang hari; semalam suntuk = sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: suntuk akal tidak dapat berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dapat maju atau tidak dapat mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dan lain-lain); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesempitan (wang, masa dan lain-lain). Ayat "Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang." betul. | Tatabahasa | 30.05.2013 |