| Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin. | - Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
- Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
- Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
- Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
- Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
- Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
- Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
| Tatabahasa | 01.07.2021 |
| 1. Bolehkah perkataan “nya” digunakan untuk objek selain manusia? Sebagai contoh, “Walaupun rumah itu besar tetapi keadaannya sunyi”. 2. “Sejak kecil Anita lebih serong kepada bidang sukan.” Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 3. A.Lari!Jerit kakak kepada saya. B. “Lari!”jerit kakak kepada saya. Ayat manakah yang betul? 4. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja.”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 5. “Saya akan bertemu Aishah esok”, “Saya akan bertemu dengan Aishah esok”. Ayat manakah yang lebih gramatis. Sila berikan penerangan. 6.Apakah perbezaan antara “orang orang” dengan “orang-orang”? Terima kasih. | 1. Selain sebagai kata ganti nama diri manusia ketiga, kata –nya boleh berfungsi sebagai kata pascakata (kata penekan dan kata pembenda). Rujuk tatabahasa Dewan halaman 295-296. 2. Sejak kecil Anita lebih cenderung kepada bidang sukan. 3. “Lari!” jerit kakak kepada saya. 4. Saya akan bertemu dengan Aishah esok. 5. Ejaan yang betul ialah orang-orang. | Tatabahasa | 31.12.2014 |
| apakah maksud radang saraf? | Radang saraf atau neuritis disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Keadaannya yang menyakitkan boleh memberi kesan kepada satu atau banyak saraf. Ia kadangkala dikelirukan oleh gangguan yang dikenali sebagai neuralgia (lihat Neuralgia). | Makna | 11.07.2012 |
| Apakah perbezaan antara rangkap vokal dan vokal berganding? | Rangkap vokal dan vokal berganding berlaku sama sahaja keadaannya, iaitu apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
| maksud realisme dalam kesusasteraan | realisme ialah salah satu gaya seni dan sastera yang di dalamnya peristiwa, perkara dan sebagainya, terutama yang kurang menyenangkan, ditunjukkan atau diperikan dalam keadaannya yang sebenarnya seperti dalam kehidupan. | Lain-lain | 19.09.2008 |
| Kata kasmat dipadankan dengan kata gadget dalam PRPM, tetapi, tiada takrif diberi. Apakah takrif kasmat? | Alat-alat pentas yang dicipta atau direka khas untuk sesebuah pementasan khususnya untuk persembahan bangsawan. Peralatan pentas ini disediakan mengikut babak dan keadaannya. Antara contoh kasmat ialah alat yang berbentuk binatang atau seumpamanya, dan pelakon akan duduk di atasnya sesuai dengan babak atau cerita. (Rujukan: Glosari Istilah Kesusasteraan, DBP 2017) | Istilah | 05.04.2018 |
| salam tuan, biasanya di Kelantan atur cara sesuatu majlis akan ditulis seperti berikut: 8.00 pagi ceramah 9.30 pagi persegaran begitulah seterusnya ...adakah dalam konteks ini betul penggunaan perkataan ;persegaran' mohon penjelasan lanjut kerana di Kelantan begitulah keadaannya. | Untuk makluman, tidak ada kata "persegaran" dalam pangkalan data kami. Kata akarnya ialah “segar” yang membawa maksud segar atau benda yang baru. Walau bagaimanapun, sekiranya kata segar ini diberi imbuhan men-, me-...-kan, ke-...-an, pen-...-an, pen-, kata ini akan menjadi menyegar, menyegarkan, kesegaran, penyegaran dan penyegar. Perlu diingatkan, bahawa penggunaan kata ini bergantung pada konteks ayat dan bidang. Justeru, kata yang gramatis ialah "penyegaran" yang membawa maksud proses menyegarkan sesuatu. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
| SELAMAT PAGI, BERIKUT MERUPAKAN SOALAN SAYA. 1. PERKATAAN "REPUT" TERGOLONG DALAM GOLONGAN KATA KERJA ATAU KATA ADJEKTIF? 2. BOLEHKAH SAYA MENGUJI KELAS KATA BAGI KATA KERJA DENGAN KATA BANTU? TERIMA KASIH. | Encik Oo, Golongan kata bagi perkataan reput bergantung juga pada ayat. Dalam ayat: Keadaannya reput (kata adjektif). Lama-kelamaan bahan itu akan reput(kata kerja) | Tatabahasa | 16.04.2010 |
| makna istilah uzur | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit 2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan 3. (kiasan) a. datang bulan, haid b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi. | Makna | 27.01.2011 |
| Perkataan “seal” dipadankan dengan“melak”. Kami bercadang untuk menggunakan padanan “mengelak”. Bolehkah padanan ini digunakan dan adakah ia teratur dari sudut tatabahasa? Sebagai contoh dalam konteks ini: (1) Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta melak atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.”. Terima kasih. | Padanan seal dalam bidang undang-undang ialah tutup; materi; mohor; kedap; dan anjing laut bergantung pada konteks penggunaannya. Berdasarkan konteks ayat yang diberi cadangan kami seal diterjemahkan kepada tutup/menutup - Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta menutup atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.
| Istilah | 28.05.2021 |