Ingin mendapatkan nasihat terjemahan "Membership Services Department". Mana yang betul - Jabatan Perkhidmatan Keahlian atau Jabatan Khidmat Keahlian? | Cadangan kami "Membership Services Department" diterjemahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Keahlian. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.06.2014 |
keahlian in valid sampai bila? terima kasih | Soalan saudari tidak jelas. | Lain-lain | 30.04.2010 |
salam..saya ingin bertanya,buku salina tidak diterbitkan lagi ke?sebab sudah lama saya mencari buku tersebut tapi masih tidak dapat.. 2)DPT patut wujudkan sistem kad keahlian kepada pelanggan DBP..dengan kad keahlian tersebut,DBP boleh buat jualan murah secara berperingkat sepertimana yang dibuat seperti pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai buku yang lain..dengan adanya kad keahlian dan potongan harga untuk ahli,saya pasti minat membaca rakyat Malaysia semakin bertambah.. 3)tuliskan bilangan muka surat utk setiap buku yang dijual secara online sebab kalau tidak ditulis,agak sukar untuk mengagak ketebalan sesebuah karya.. diharapkan pihak DBP akan mempertimbang cadangan saya ini.. sekian,terima kasih... | Terima kasih kerana menggunakan talian khidmat bahasa DBP. 1) Untuk pengetahuan saudara buku Salina belum ada diterbitkan untuk edisi baru. Untuk membacanya saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu dan menjadi ahli RAKAN DEWAN. 2) Saudara boleh menjadi ahli RAKAN DEWAN dengan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Dengan keahlian ini secara automatik saudara akan dapat menggunakan kemudahan rujukan, penyelidikan dan pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu. Disamping itu dengan kad keahlian Rakan Dewan saudara akan menikmati diskaun sehinghga 25 peratus yang ditawarkan di mana-mana kedai Galeri Ilmu DBP di ibu pejabat, pejabat cawangan dan wilayah. 3) Jika saudara merujuk ke KATALOG AWAM ATAS TALIAN melalui sistem Pustaka, apabila saudara klik pada ikon TERPERINCI maka segala maklumat mengenai buku tersebut akan dipaparkan. Saiz buku, ketebalan buku dan lain-lain lagi. Selamat Mencuba | Lain-lain | 03.12.2009 |
Adakah betul terjemahan dalam bahasa di bawah: 2-YEAR FREE MEMBERSHIP Enjoy 2-year membership when you sign up on 30 & 31 Jan 2015. BAHASA PERCUMA KEAHLIAN 2 TAHUN Daftar pada 30 & 31 JAN 2015 untuk menikmati keahlian percuma selama 2 tahun. | Terjemahan yang betul ialah DUA TAHUN KEAHLIAN PERCUMA. Nikmati dua tahun keahlian percuma apabila anda mendaftar pada 30 dan 31 Jan. 2015. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.01.2015 |
apakah makna dengan jurutari? orang yang pandai menari? | Juru bermaksud orang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara; ahli. Jadi jurutari bermakna orang yang pandai dalam bidang tarian. | Makna | 08.07.2008 |
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama. | Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
saya nak tanya macam mana saya nak meminjam atau memiliki bahan atau buku di dewan bahasa dan pustaka. | Terima kasih atas soalan anda. Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP | Lain-lain | 20.07.2010 |
Mohon pencerahan, adakah semua Tengku, Ku, Engku, Syed dikira sebagai kerabat diraja? atau mereka perlu mendaftar sebagai ahli persatuan dan mendapat kad keahlian bagi mendapatkan taraf kerabat diraja? | Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku); dan Ku ialah kependekan kepada Tengku. Maka, semua gelaran tersebut ialah kerabat diraja. | Tatabahasa | 26.02.2014 |
assalamualaikum tuan.saya ingin bertanya apakah konsep bahasa mesra menurut tokoh-tokoh terkemuka kerana saya memerlukan konsep bahasa mesra tersebut untuk menyiapkan kerja kursus bahasa melayu saya.terima kasih. | Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP. | Lain-lain | 07.07.2017 |
Bagaimana cara untuk menjadi ahli e-perpustakaan DBP? | Terima kasih kerana saudara berminat menjadi ahli Rakan Dewan. Saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, mengisi borang dan membayar wang keahlian dan seterusnya saudara boleh menggunakan kemudahan di PDM. Sekian terima kasih Malah saudara juga boleh memuat turun borang Rakan Dewan | Lain-lain | 30.12.2007 |