Mohon untuk mendapatkan karya-karya sasterawan tempatan yang bertemakan keamanan, khususnya yang berkaitan dengan peperangan dan konflik. Sekian, terima kasih. | Kami cadangkan tuan berhubung terus dengan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP untuk mendapatkan karya tersebut. Sila hubungi pustakawan Encik Hiezam Hashim, 03-21479657/izmmh@dbp.gov.my, Puan Aimi Umaimah, 03-21479632/aimi@dbp.gov.my dan Puan Che'Ros Rahim, 21479631/ros@dbp.gov.my. | Lain-lain | 04.03.2014 |
definisi keselamatan | Perihal terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya, ataupun kesejahteraan dan keamanan. | Makna | 17.06.2009 |
MAKSUD "MATA-MATA" | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, mata-mata ialah pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. | Makna | 12.11.2010 |
apakah definasi keselamatan dengan tepat | Makna keselamatan merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah perihal selamat, kesejahteraan, keamanan. Harap maklum. | Makna | 01.12.2007 |
adakah perkataan mata-mata mempunyai maksud yang sama dengan penyiasat? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mata-mata bermaksud polis, Polis bermaksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Penyiasat pula bermaksud orang yang menyiasat atau menyelidik. Walau bagaimanapun mata-mata atau polis menjadi penyiasat apabila melaksanakan kerja-kerja penyiasatan sesuatu kes. | Makna | 08.03.2008 |
Apakah terjemahan untuk perkataan vigilante atau definisi paling tepat untuk menjelaskanya? | Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan tuan, "vigilante" bermaksud anggota sukarelawan yang mengawasi keamanan di sesuatu kawasan. Untuk maklumat tambahan, istilah sasar bagi perkataan "vigilance" pula ialah kewaspadaan yang digunakan dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan psikologi. Istilah sasar bagi istilah sumber "vigilance committee" ialah jawatankuasa pengawasan yang selalu digunakan dalam bidang sains politik. Justeru, penggunaan istilah yang tepat dan bersesuaian bergantung kepada konteks ayat. Terima kasih. | Istilah | 18.01.2018 |
"Adalah" tidak boleh digunakan di hadapan kata kerja atau frasa kerja, bagaimana dengan "ialah"?Adakah penggunaan kata pemeri ialah dalam ayat berikut betul? Peranan utama askar ialah memperjuangkan keamanan negara. | Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dapat dijelaskan seperti yang berikut.a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja manakala ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. | Tatabahasa | 02.11.2006 |
saya ingin tahu apa itu maksud keselamatan awam dalam sesuatu daerah?? apakah penyebab utama? | Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, keselamatan merujuk kepada perihal selamat, kesejahteraan dan keamanan. Awam pula merujuk kepada orang ramai sbg suatu keseluruhan atau terbuka kpd semua orang. Daerah pula merujuk kepada lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara). Merujuk kepada soalan kedua saudara : Apakah penyebab utama, saudara boleh membuat rujukan melalui majalah/buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. | Makna | 04.01.2008 |
definasi 'sekuriti', definasi 'keselamatan', definasi 'pusat' dan definasi 'membeli' yang lengkap | sekuriti bermaksud 1. sijil saham,bon dsb. bagi membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen 2. keselamatan bermaksud perihal selamat,kesejahteraan, keamanan 3. pusat bermaksud 1. lekuk di tengah-tengah perut2. titik di tengah-tengah sekali3.kawasan yang terletak di tengah-tengah benar 4. membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.07.2008 |
Saya ingin bertanya, kata panggilan hormat untuk presiden sekiranya presiden itu adalah perempuan. Perlu kekalkan menggunakan nama Tuan atau Puan? Contohnya : Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat wanita yang pertama, yang dipanggil ‘Tuan Presiden’ oleh kakitangannya, akan memastikan keamanan dunia tercapai di bawah pentadbirannya. “Tuan Presiden, tuan adalah orang yang paling berkuasa di dunia. Apa sahaja tindak-tanduk tuan mampu mengubah dunia,” kata Julius, selaku penasihat kanan kepada presiden itu. Sekian, terima kasih. | Kata tuan walaupun sinonim dengan lelaki, tuan juga merupakan sapaan kepada orang yang dihormati. Jika dirangkaikan dengan jawatan sapaan yang tepat dalam konteks bahasa Melayu ialah Tuan Presiden walaupun beliau seorang perempuan. | Lain-lain | 02.01.2014 |