Yang manakah antara berikut betul penggunaanya? a) Antara kebaikan-kebaikan b) Antara kebaikan a) di kalangan pelajar b) dalam kalangan pelajar a) kebanyakkan orang b) ramai orang Betulkah penggandaan berikut: sedikit-sebanyak | 1. Antara kebaikan. 2. dalam kalangan dan di kalangan kedua-duanya betul. 3. kebanyakan orang, ramai orang. | Tatabahasa | 13.10.2009 |
Apakah perbezaan sebutan baku dengan johor-riau ? Apakah kebaikan dan kebaikan sebutan baku bahasa Melayu ? | Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard, manakala sebutan Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Sebutan ini ialah sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan. | Lain-lain | 19.06.2010 |
kebaikan dan contoh amalan toleransi masyarakat majmuk di malaysia dapat di contohi oleh dunia luar | Jawapan kepada pertanyaan ini memerlukan penyelidikan dan pembacaan. Untuk itu, saudara perlu membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau merujuk makalah tentang perkara tersebut yang diterbitkan di dalam akhbar atau majalah tempatan. | Lain-lain | 24.06.2008 |
Apakah kebaikan dan keburukan penggunaan sebutan baku bahasa Melayu? | Pertanyaan saudara memerluakan pembacaan yang banyak, oleh itu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan sila rujuk makalah/buku yang berkaitan seperti Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,199. | Tatabahasa | 08.07.2010 |
apakah kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa melayu | BM baku ialah bahasa Melayu yg sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, laras bahasa, sebutan dan penggunaan kata. Perancangan pembakuan sebutan baku bahasa Melayu menjadi salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yg termaktub dlm Akta Dewan Bahasa. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Buku-buku ini ialah terbitan DBP. | Lain-lain | 27.05.2010 |
apakah kebaikan menperlajari bahasa malay? | Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mahir dalam bahasa tersebut supaya dapat berkomunikasi sesama kita dalam bahasa tersebut dengan baik dan ini dapat menonjolkan imej negara kita melalui satu bahasa rasmi. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan perpaduan antara kaum dapat menjadi lebih erat. kita seharusnya berbangga kerana dapat menguasai bahasa kebangsaan negara kita. | Lain-lain | 31.08.2006 |
apakah kebaikan untuk menperlajari bahasa malaysia?can u send to my email..thanks so much... | Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mahir dalam bahasa tersebut supaya dapat berkomunikasi sesama kita dalam bahasa tersebut dengan baik dan ini dapat menonjolkan imej negara kita melalui satu bahasa rasmi. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan perpaduan antara kaum dapat menjadi lebih erat. kita seharusnya berbangga kerana dapat menguasai bahasa kebangsaan negara kita. | Lain-lain | 31.08.2006 |
apakah maksud 'kebaikan perdana'? terima kasih. | Mohon kerjasama saudara menyatakan dengan terperinci di manakah atau dari sumber manakah frasa ini ditemui bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam hal ini. | Makna | 17.04.2010 |
kelemahan dan kebaikan SMS? adakah SMS merosak kan bahasa melayu dan penggunaan SMS dikalangan golongan berpendidikan dan golongan tidak berpendidikan. | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa dan komunikasi dalam penggunaan sms / PEMIKIR : April 2007. 2. Komunikasi kreatif sms/ Dewan Bahasa : Mei 2005. 3. Pengaruh sms terhadap bahasa Melayu / Dewan Bahasa : Julai 2007 | | | | | | | Supyan Husain | Dewan Bahasa | 01/05/2005 |
| Lain-lain | 25.04.2008 |
Jelaskan kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa melayu? | Untuk melihat kebaikan dan keburukan sebutan baku saudara perlu membuat kajian mendalam dan bacaan yang perinci tentang buku/ kertas kerja dan makalah yang berkaitan, antaranya buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994. | Lain-lain | 05.07.2010 |