Kebakaran itu berlaku akibat daripada puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku adalah akibat puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok. perlu ke guna kata 'daripada' selepas akibat ? | Ayat yang betul ialah 'kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok'. Tidak perlu menggunakan kata 'daripada' selepas penggunaan kata 'daripada'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut. Harap maklum. | Tatabahasa | 13.09.2007 |
Kebakaran yang berlaku di kilang itu menyebabkan beberapa orang pekerja pengsan kerana ___ gas beracun. "tercium" sesuai bagi ayat di atas?? | Perkataan yang sesuai ialah terhidu. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Kebakaran secara terbuka menyebabkan eko-sistem kita tidak seimbang. | Ejaan yang betul ialah ekosistem. | Ejaan | 20.11.2011 |
apakah perbezaan taraf kehidupan dengan tarfa hidup? 1. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. atau 2. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. perluke guna daripada selepas akibat atau 3. Kebakaran itu berlaku adalah/ialah akibat budak2 bermain mercun. mana satu betul ? tq | Taraf hidup dan taraf kehidupan kedua-dua betul dan ayat yang pertama adalah lebih tepat dan betul | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Ayat yang manakah betul? 1. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima kepada mangsa kebakaran secara sama rata. 2. Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran. | Kedua-dua ayat yang diberikan betul namun ayat kedua iaitu Penghulu membahagikan sumbangan yang diterima secara sama rata kepada mangsa kebakaran, lebih sesuai. | Tatabahasa | 30.08.2015 |
Derma bagi mangsa-mangsa kebakaran itu masih dipungut seterusnya. Apa kesalahan ayat ini? | Ayat yang gramatis ialah derma bagi mangsa-mangsa kebakaran itu masih dipungut. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
1.saya menenangkan hati mangsa kebakaran supaya bersabar. 2. sebuah rumah dijilat api yang marak 3. sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak. ayat-ayat ini betul tak ? | 1. Saya menenangkan mangsa kebakaran supaya bersabar. 2. Sebuah rumah dijilat api yang marak 3 Sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak. | Lain-lain | 20.07.2017 |
Fire Marshal merupakan individu yang bertanggungjawap bagi memastikan pengosongan bangunan ketika berlakunya kebakaran. Boleh saya tahu apakah perkataan "Fire Marshal" dalam bahasa untuk saya gunakan? | Salam sejahtera, Fire marshal dikenali sebagai Marsyal kebakaran dalam bahasa Melayu. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 14.02.2018 |
salam, apakah istilah atau perkataan bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan/kebakaran/jenayah?terima kasih. | Istilah bagi pita yang dipasang di sekeliling kawasan kejadian kemalangan, kebakaran, atau jenayah iala pita sekatan keselamatan. | Tatabahasa | 18.02.2014 |
Apa perbezaan istilah pepasangan dan pemasangan. Betulkah ayat saya, " Sebanyak 2 pepasangan sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan. | Pepasangan tiada dalam rujukan kami. Ayat yang dicadangkan ialah sebanyak dua set atau dua pasang sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan. | Tatabahasa | 20.11.2008 |