Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.kuan] | کباکوان

Definisi : sifat atau keadaan baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): pertandingan pidato itu juga menitikberatkan ~ bahasa dr segi sebutan dan tatabahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.kuan] | کباکوان

Definisi : keadaan atau sifat baku (bkn bahasa, sebutan, ejaan dsb): ~ bahasa dan sebutan menjadi kriteria utama dlm menentukan pemenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebakuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
konsep / difinisi penstandardan dan kebakuan bahasaDalam bidang ilmu bahasa variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa baku ialah bahasa yang telah mengalami proses pengekodan,yang diterima oleh rakyat dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat.  Lain-lain04.04.2008
Tuan, sila rujuk lampiran. Terima Kasih.Tahniah atas usaha tuan menggunakan Kamus Dewan bagi memastikan penggunaan kata yang baik. Dan sebagai pengguna kamus kita perlu tahu label yang digunakan pada entri kamus. Dalam Kamus Dewan perkataan macho diikuti tanda arah perkataan maco. Maka kita perlu merujuk perkataan di depan tanda arah, iaitu maco. Perkataan "maco" dilabelkan sebagai "bp", iaitu bahasa perckapan. Jika dilihat dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan perkataan macho juga diberi label colloq (colloquial). Kolokial atau bahasa percakapan tidak digunakan dalam konteks rasmi. Dan iklan meruapakan ranah rasmi yang boleh menjadi penanda aras kebakuan bahasa yang digunakan.Istilah27.09.2012

Kembali ke atas