Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain? | Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain? Konsep "Arab Spring" yang berlaku di beberapa negara Arab seperti Mesir dan Tunisia membawa maksud penukaran kerajaan secara tidak sah melalui gerakan revolusi dan keganasan. Gerakan revolusi membawa maksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata. | Istilah | 05.07.2013 |
Apakah makna Intifada? | Intifadah (perkataan Arab) bermaksud kebangkitan penduduk Palestin untuk menentang orang Israel yang menduduki Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, yang bermula pada tahun 1987. | Makna | 28.07.2006 |
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ILMU YANG DIKUASAI ORANG ISLAM DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI | Sila rujuk bahan ini : Cabaran Tamadun Islam Pada Alaf Baru Di Malaysia Mustafa Daud Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2002 . Kebangkitan Islam: Gambaran dan Sejarah Dalam Tamadun Dunia Jilid 1 Hodgson, Marshall G. S. Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2 . Pengenalan tamadun Islam di Malaysia Abdullah Jusuh Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1989 | Lain-lain | 17.09.2007 |
reviving the islamic spirit | reviving the islamic spirit. Ayat tidak lengkap. Pihak KNDBP tidak memberi perkhidmatan terjemahan . Sila terjemahkan frasa ini terlebih dahulu sebelum dihantar untuk semakan kami. Untuk tujuan bantuan, cadangan terjemahan ialah: kebangkitan semangat/penghayatan Islam. | Lain-lain | 18.05.2011 |
Kenapakah kata "qiamat" ditukar ejaannya kepada "kiamat"? Sedangkan kata "Quran" dikekalkan? Soalan ini pernah diajukan kepada saya ketika satu perbincangan bahasa bersama rakan saya di IPG. Soalan ini rentetan daripada hujah rakan saya berkaitan dengan pertukaran makna pada sesuatu kata. Rakan saya mengaitkan perkara ini sama seperti kalimah-kalimah dalam bahasa Arab, sekiranya berlaku pertukaran ejaan, akan berubah maknanya. Jadi, apakah jawapan yang lebih jelas berkaitan dengan hal ini? | Ejaan "kiamat" disesuaikan mengikut pedoman Transliterasi Arab-Rumi, manakala kata al-Quran dianggap sebagai kata nama khas dan dikekalkan ejaannya dengan huruf yang melambangkan huruf qaf dalam bahasa Melayu. Kami tidak menafikan kemungkinan wujud perubahan makna apabila ejaannya diubah, tetapi kita harus faham dan melihat keseluruhan konteks perbincangan. Contohnya, jika kita merujuk hari kebangkitan tidak mungkin kita merujuk kepada makna yang lain selain hari kiamat. | Ejaan | 28.08.2011 |