| Soalan saya: Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat? 1. Kebanyakan ibu di Malaysia... atau 2. Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia... Bolehkah diterangkan penggunaan 'kebanyakan' dengan lebih terperinci? Terima Kasih atas bantuan. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Ayat yang lebih tepat ialah 'kebanyakan ibu di Malaysia' kerana perkataan kebanyakan sudah menunjukkan 'banyak' atau 'jamak', jadi tidak perlu ditambah perkataan 'ibu-ibu', memadai ibu sahaja. | Tatabahasa | 12.12.2012 |
| Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ... | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa. | Lain-lain | 13.07.2010 |
| Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih. | Salam sejahtera, MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk –nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295) Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat; - Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.
- Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat; - Lajunya ialah 100km sejam.
- Bukan kepalang sakitnya.
Sekian. | Lain-lain | 27.09.2021 |
| mohon analisis penggunaan perkataan 1. iaitu 2. di 3. pada 4. telah 5. kebanyakan / kebanyakannaya 6. berjangki / dijangkiti | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "iaitu" bermaksud kata yg digunakan untuk menentukan atau menjelaskan apa yang tersebut sebelumnya. "Di" ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat dan sebagainya. "Pada" ialah kata sendi nama yang bererti "di" tetapi digunakan untuk menunjukkan waktu atau kata nama abstrak dalam pembentukan frasa atau ayat. "Kebanyakan" bermaksud jumlahnya, banyaknya, manakala penggunaan "nya" sebagai penegas. "Berjangkit" bermaksud berpindah daripada seorang kepada seorang, menular, merebak, contoh penyakit. "Terjangkit" ialah dihinggapi penyakit dan sebagainya atau dijangkiti. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.11.2009 |
| As'salam, saya azrai daripada KWSP HQ di jalan raja laut. saya memohon bantuan untuk terjemah terma terma akaun yang dikeluarkan oleh Malaysian Accounting Standard Board kepada bahasa malaysia. sila rujuk dokumen yang dilampir. sata sudah terjemah mengikut kesuaian, harap pihak DBP dapat memberi maklum balas selewat lewet nya pada 24 november 2017. | Untuk makluman tuan, kebanyakan istilah/terjemahan yang dilampirkan tiada dalam kamus, istilah atau sumber rujukan kami yang lain. Kami perlu merujuk pihak yang lebih arif dan berwibawa untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Kami memerlukan sedikit waktu lagi untuk menyemak dan jawapan akan die-melkan terus kepada tuan. | Lain-lain | 22.11.2017 |