Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanyakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa ejaannya bukan kebanyakkan?kebanyakkan- kebanyakan (tepat)

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, hanya terdapat imbuhan apitan ke-...-an. kata dasar 'banyak', apabila menerima imbuhan akan menghasilkan seperti di bawah:
ke+banyak+an.
Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.
Tatabahasa27.08.2012
Perkataan 'kebanyakkan' atau 'kebanyakan' yang betul.. masa bila hendak guna 2 K atau 1 K boleh jelaskan... TQVM
Ejaan yang betul ialah "kebanyak". Dua huruf "k" digunakan bagi mengeja kata kerja atau suruhan seperti menggerakkan atau gerakkan, dan satu "k" bagi kata nama seperti pergerakan.
Tatabahasa27.05.2011
'Dikebanyakkan'@'pada kebanyakkan'.Perkataan yang manakah adalah betul?Kedua-duanya boleh digunakan tetapi bergantung kepada konteks ayat tersebut.Lain-lain09.08.2010
perbezaan antara stu dan dua k. contoh : kebanyakkan atau kebanyakan. saya begitu keliru...Perkataan banyak apabila menerima imbuhan meN bagi membentuk kata kerja transitif akan menjadi membanyakkan. Perkataan tersebut apabila menerima awalan dan akhiran ke-an menjadi  kebanyakan bukan kebanyakkan. Tidak ada bentuk kebanyakkan atau imbuhan ke...kan. Ejaan23.04.2009
BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBEZAKAN EJAAN PERKATAAN YANG MENGGUNAKAN SATU 'K' DAN DUA 'K'. CONTOH: BANYAKKAN KEBANYAKANPerkataan banyak apabila menerima imbuhan meN bagi membentuk kata kerja transitif akan menjadi membanyakkan. Perkataan tersebut apabila menerima awalan dan akhiran ke-an menjadi  kebanyakan bukan kebanyakkan. Tidak ada bentuk kebanyakkan atau imbuhan ke...kan.  Ejaan berdasarkan imbuhan yang sama ada awalan, akhiran dan apitan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk lebih lanjut mengenai imbuhan bagi memastikan ejaan yang betul dan tidak menyebabkan kekeliruan.Tatabahasa21.04.2013
perkataan - kebanyakan atau kebanyakkan yang mana satu harus digunakan.Ejaan yang betul ialah kebanyakan.Ejaan12.06.2012
Betulkah wujudnya perkataan kebanyakkan, menggalakan yang disebut oleh nota daripada persediaan PMR oleh Andrew Choo? Dia memberi penjelasan seperti KATA NAMA - [K], KATA KERJA - [KK] yang tidak pernah saya pelajari sepanjang pembelajaran BM saya. Contoh: Kedatangan pelancong ke Malaysia menggalakan. (BETUL), mengalakkan (SALAH). Ayah MENGALAKKAN kami belajar bersungguh-sungguh. (SALAH) Saya tidak dapat menerima hukum ini. Adakah ini KONSEP BAHARU?Ejaan yang betul ialah kebanyakan dan menggalakkan. Penggunaan KK merujuk kepada kata kerja. Contoh: Merosakkan, memasukkan. Ini kerana kata dasar menerima imbuhan meN...kan. Manakala penggunaan K merujuk kepada kata nama. Contoh: kebanyakan, peruntukan.Tatabahasa31.05.2011
Betulkah soalan berikut: 1.Kebanyakkan peseta SUKMA 2014 menginap di Kampus UiTM,Arau. 2.Program bacaan dinamik akan diadakan di dalam bulan Oktober. 3.Dia berambut kerinting. 4.Aidil yakin bahawa dia dapat memperdalami ilmu perakaunan yang telah dipelajari ketika di sekolah.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.Kebanyakan peserta SUKMA 2014 menginap di Kampus UiTM Arau.

2.Program bacaan dinamik akan diadakan pada bulan Oktober.

3.Dia berambut keriting.

4.Aidil yakin bahawa dia dapat mendalami ilmu perakaunan yang telah dipelajari ketika di sekolah.

Tatabahasa07.10.2014
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Umumnya,kebanyakkan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir.Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini.Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain.Perbuatan ini bertujuan menakutkan pelajar yang lebih lemah supaya mereka tidak dibuli lagi.Selain itu,terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat pelajar gangster untuk membuli pembuli tersebut.Lama-kelamaan,mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.Kebanyakan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir. Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini. Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain. Selain itu, terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat dengan rakan lain untuk membuli pembuli tersebut. Lama-kelamaan, mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah Bahasa Inggeris - character driven Contohnya ayat; Kebanyakkan skrip dokumentari mutakhir, menggunakan kaedah character driven di mana jalan cerita digerakkan oleh seseorang watak atau personaliti utama.Kami mencadangkan perkataan character driven diterjemahkan kepada dorongan watak.Penyemakan dan penterjemahan26.04.2015
123

Kembali ke atas