Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebelakangan ini


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah membaca jawapan tuan dalam Arkid Soalan tentang "sejak belakangan"/ "Sejak kebelakangan" / Kebelakangan ini. Saya mendapati jawapan-jawapan yang diberi berkontradiksi, yang mana satu yang betul? Sekian, terima kasih.

Kedua-duanya betul dan hendaklah digunakan mengikut konteks ayat yang betul.

Tatabahasa13.05.2010
Saya ingin mrngetahui perbezaan antara harmoni dengan harmonis. Bolehkah pihak tuan cuba jelaskan yang mana satu betul " sejak belakangan / sejak kebelakangan / Kebelakangan ini. Sekian, terima kasih.

Harmoni dan harmonis kedua-duanya membawa maksud selaras, sesuai, sepadan, seimbang dan sebagainya. Namun dalam konteks di Malaysia, kita menggunakan perkataan harmoni, harmonis digunakan di Indonesia.

Tatabahasa11.05.2010
Yang manakah betul? A) Sejak kebelakangan ini, B) Sejak belakangan ini, C) Belakangan ini,Kebelakangan ini atau belakangan ini bermaksud sejak masa-masa yang kemudian ini. Oleh itu, ungkapan yang betul ialah kebelakangan ini atau belakangan ini (c).Tatabahasa12.12.2009
Belakangan ini atau Kebelakangan ini? Simbiosis kemanusiaan dan teknologi atau Simbiosis kemanusiaan dengan teknologi? seMalaysia atau se-Malaysia?Jawapan yang sesuai ialah Kebelakangan ini. Ayat yang sesuai berdasarkan soalan saudara ialah simbiosis kemanusiaan dan teknologi. Namun demikian, jika terdapat kata antara pada ayat di atas, jawapan yang sesuai digunakan ialah simbiosis kemanusiaan dengan teknologi.Tatabahasa28.08.2007
sejak kebalakangan ini dan sejak belakangan ini-kedua-duanya betul ke? atau hanya kebelakangan ini/belakangan ini sudah memadai? terima kasih.Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini.Lain-lain24.05.2010
salam, penggunaan bahasa yang betul, belakangan ini atau kebelakangan ini. terima kasihMenurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan.Makna24.05.2010
manakah yang tepat, pertama, sehubungan itu atau sehubungan dengan itu, sekaligus atau sekali gus, sejak kebelakangan ini atau sejak belakangan ini.1. Sehubungan dengan itu

2. sekali gus

3. sejak kebelakangan ini
Tatabahasa14.10.2014
frasa sejak akhir-akhir ini betul ke? sejak kebelakangan ini dan sejak belakangan ini boleh ke digunakan?Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa tersebut betul. Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan ini lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan ini.Tatabahasa19.10.2010
Selamat pagi, Frasa “belakangan ini” dan “kebelakangan ini” sama kegunaannya? Adakah kedua-dua frasa ini betul? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan.Lain-lain25.05.2010
tajuk karangan : Bercuti di Kampung. Huruf 'd' itu sepatutnya huruf kecil atau besar? 2) penanda wacana - Kebelakangan ini atau belakangan ini yang tepat?Bercuti di Kampung. Kebelakangan ini atau belakangan ini kedua-duanya betul.Tatabahasa26.02.2010
123456

Kembali ke atas