Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.ra.tan] | کبرتن

Definisi : 1. beratnya (benda, perkara, dll): kalau engkau sendiri berada di sini, tentu engkau akan insaf betapa ~ tanggungan kami; 2. kesukaran, kesulitan: tak ada ~ bagi kerajaan menjalankan rancangan itu; 3. Jk terlampau berat, melebihi (muatan): tak terangkat olehnya kerana ~; 4. mengandung sarat; 5. tidak rela (kerana susah dll), tidak suka, enggan: ia agak ~ menemani saya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.ra.tan] | کبرتن

Definisi : 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keberatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.Yang betul ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu.Tatabahasa27.07.2010
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad terkejut "sangat" apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.Yang betul dan persis ialah David amat keberatan  untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian  yang dahsyat itu.Tatabahasa27.07.2010
As salamualaikom & selamat ptg, kalau tak keberatan dpt kiranya pihak tuan reply mana ejaan yg betul:- 1.Ulu Klang 2.Ulu Kelang 3.Hulu Kelang. Teima kasihSaudara boleh ajukan pertanyaan tersebut dalam laman Khidmat Nasihat DBP. Soalan tersebut akan dijawab oleh Pemudah Cara DBP: http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/nb_halaman_utama.aspx Halaman Utama sbmb.dbp.gov.myLain-lain09.10.2013
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan Saya sering terkeliru dengan penggunaan perkataan 'Untuk' dan 'Bagi' di dalam ayat. Sekiranya tidak keberatan, saya berharap pihak Tuan/Puan dapat memberikan perbezaan dan apakah penggunaan yang sesuai untuk kedua-dua perkataan ini. Terima Kasih

Encik Khairul,

Dalam pembentukan ayat, kata bagi dan untuk adalah serupa penggunaannya. Kedua-dua kata ini digunakan adalah untuk menunjukkan hubungan antara penerima dengan bahagian ayat yang lain. Penerima yang dimaksudkan mungkin manusia, haiwan atau benda. Misalnya;

Bagi

1. Pelajaran itu mudah bagi kami kerana guru memberikan penerangan yang jelas.

2. Pelajar-pelajar mengadakan pementasan khas bagi sambutan Hari Guru pada tahun ini.

3. Bagi Fauzi, ibunyalah orang yang paling penting dalam hidupnya.

 

Untuk

4. Dia membeli makanan yang baik-baik sahaja untuk kucing kesayangannya.

5. Kursus bahasa itu adalah untuk penutur bukan Melayu.

6. Dia membeli hadiah itu untuk ibunya. 

  

 

Tatabahasa20.05.2009
assalamualaikum tuan.. bolahkah saya tahu dimana boleh saya dapatkan maklumat mengenai bahasa melayu dalam adat istiadat? jika pihak tuan tidak keberatan bolehkah saya dapatkan maklumat mengenai bahasa melayu dalam adat istiadat?Saudara boleh merujuk buku The Malaysian Protokol atau hubungi/layari Pusat Dokumentasi Melayu atau hubungi Bahagian Adat Istiadat Jabatan Perdana Menteri. Di kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur juga terdapat buku-buku tentang perkara ini.   Lain-lain06.03.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk memberi saya penjelasan tentang penggunaan "keboleh....an" dan "ketidak...an" serta contoh. Jika tidak keberatan, bolehkah DBP memberi perbezaan antara "keboleh...an" dan "keter...an" seperti kebolehpasaran/keterpasaran serta kebolehsampaian/ketersampaian? Terima kasih.Apitan ke-...-an membawa makna proses atau perihal makna asal kata itu. Kebolehan bermaksud perihal boleh dan ketidakbolehan bermaksud perihal tidak boleh. Keterpasaran ialah terjemahan perkataan marketability.Tatabahasa22.07.2016
Marshella Manshor Oct 26th, 7:03pm Aduan pelanggan ejaan lama masih digunakan pada papan tanda di salah sebuah kedai di kawasan batu pahat johorTerima kasih atas keprihatinan pihak tuan dalam isu ini. Sekiranya tidak keberatan, mohon pihak tuan kemukakan lampiran dan maklumat lanjut berkenaan kawasan papan tanda tersebut untuk memudahkan kami menghantar teguran kepada pihak yang berkenaan. Terima kasih.Lain-lain26.10.2015
Saya sedang melakukan kajian mengenai novel Warna Sebuah Lembah karya En. Osman Ayob dan berharap dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan beberapa soalan. Oleh itu, bolehkah DBP memberikan cadangan tentang cara-cara unbtuk menghubungi En Osman Ayob ? Sekiranya pihak DBP tidak keberatan, saya berharap agar pihak DBP dapat memberikan nombor telefon dan juga alamat emel beliau. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai dalam menyempurnakan kajian saya. Terima kasih.Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan Encik Osman Ayob dalam pangkalan data kami, apa yang ada ialah karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit luat. Berdasarkan maklumat tersebut juga kebanyakan karya beliau diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu, kami cadangkan saudara berhubung dengan kedua-dua editor dan sayrikat penerbitan akhbar berkenaan untuk membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. Badan Penulis20.07.2011
Saya masih lagi keliru tentang peggunaan frasa "Lain-lain hal" dan "Hal-hal lain" yang sering digunakan oleh rakan-rakan dalam penulisan agenda minit mesyuarat. Jadi, diantara kedua-dua frasa tersebut yang manakah lebih tepat dan betul strukturnya ? Jika tidak keberatan, saya inginkan sedikit penjelasan tentang kewujudan kedua-dua frasa tersebut. Terima kasih, tuan/puan.

Saudara,

mengikut Hukum D-M dalam bahasa Melayu, frasa hal-hal lain betul dan frasa lain-lain hal salah. D (hal) ialah unsur diterangkan dan M (lain) ialah unsur yang menerangkan. 

Tatabahasa22.11.2010
Saya sebagai seorang pelajar sedang membuat kajian berkaitan perbezaan makna bagi perkataan yang sama iaitu. Seni budaya dan budaya seni. Boleh saya dapatkan lebih informasi mengenai perbezaan kedua makna tersebut dan mengapa ia mempunyai maksud yang berbeza, frasa dan konsep yang digunakan. Jika tidak keberatan, saya ingin menemu ramah seorang pakar bahasa sebagai kajian saya supaya lebih mudah untuk difahami.Mengikut hukum D-M, perkataan yang betul ialah Seni Budaya yang bermaksud jenis-jenis seni yang mengandungi unsur budaya seperti seni tari, seni rupa, seni lukis, seni muzik, seni teater dan lain-lain.Istilah19.03.2019
12

Kembali ke atas