Jika dulu perkataan 'keberkesanan' sering digunakan. Kini perkataan 'keberhasilan ' pula dipopularkan. Adakah perkataan seperti 'kebersebaban', 'kebersahihan', 'kebergunaan', 'keberlebihan' dan keberimpakan boleh digunakan ? | Kata terbitan kebersebaban dan kebergunaan ada digunakan dalam kamus dan istilah DBP, keberlebihan - tidak terdapat contoh penggunaannya dalam kamus tetapi kata terbitan ini boleh dibentuk kerana ada kata kerja berlebihan, walau bagaimanapun tidak terdapat contoh penggunaan kata kebersahihan dan keberimpakan dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 17.04.2010 |
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional | Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi. Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi. Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya. | Istilah | 11.12.2009 |