Ungkapan sedikit sebanyak wajar digantikan dengan sedikit banyak. Hal ini menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan. Tolong berikan ulasan ringkas terhadap kenyataan ini. | Merujuk kepada Kamus Dewan, ungkapan yang kebiasaannya digunakan ialah "sedikit sebanyak". Mohon agar saudara dapat memberikan sedikit maklumat apakah yang dimaksudkan dengan menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan agar pihak kami dapat berkongsi maklumat tersebut serta sumber yang saudara perolehi berkaitan perkara ini. | Tatabahasa | 14.06.2007 |
Salam sejahtera! 1. Pada/Dalam era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam ayat ini, penggunaan pada/dalam yang sesuai? Bagaimana pula dengan pada/dalam zaman moden? Terima kasih! | 1. Pada era globalisasi, pengambilan makanan segera telah menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan frasa sendi nama yang menunjukkan keterangan waktu. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. | Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan). | Tatabahasa | 20.11.2013 |
erti mode | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, mode ditakrifkan sebagai kebiasaan yang berlaku pada sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dll), cara (corak, ragam) yang terpakai pada waktu tertentu, fesyen. | Makna | 18.10.2013 |
Ejaan bagi perkataan 'masalah' sepatutnya di sebut [ /ma/sa/lah/]. Namun kebiasaan penutur Bahasa Melayu menyebut [ma/ sa/ a/lah]. | Sebutan yang betul untuk perkataan "masalah" ialah mas.a.lah (mas/a/lah). | Tatabahasa | 05.07.2013 |
apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi di bawah? apabila berhadapan dengan halangan, kita harus bertanya kepada orang yang lebih tahu tentang perkara itu agar kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. sesuai ke guna seperti aur ditarik sonsang? | Peribahasa seperti aur ditarik songsang bererti pekerjaan atau perkara yg sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan. Peribahasa ini tidak sesuai untuk menggambarkan situasi orang yang menghadapi masalah atau halangan lalu dia merujuk kepada orang yang lebih arif supaya halangan itu dapat diatasi atau diselesaikan dengan cara yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. Maaf, saya belum menemui peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut. | Makna | 28.04.2011 |
apakah maksud permainan tradisi | Permainan tradisi bermaksud permainan atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb) | Istilah | 26.11.2009 |
APAKAH PENJODOH BILANGAN BAGI PERKATAAN KERANG" | Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Begitu juga dengan kerang. Kebiasaan kerang yang dibeli atau dimakan dinyatakan dalam kilo, kati atau semangkuk. | Tatabahasa | 11.03.2009 |
sfaktor kesalahan bahasa melayu dalam iklan dan cara mengatasinya. | : Antara faktor yg mempengaruhi kesalahan bahasa dalam bidang pengiklanan ialah kebiasaan kesalahan yg diteruskan, konsep atau idea abstrak yg sukar dinyatakan dalam bahasa Melayu, terjemahan idea daripada bahasa Inggeris yg tidak tepat dan sikap para penulis iklan yg tidak peka terhadap bahasa Melayu yg betul. Di DBP, ada menganjurkan kursus-kursus untuk penulis iklan, kunjungan kerja ke agensi pengiklanan dan kerjasama antara DBP dengan PBT (bagi papan tanda perniagaan dan papan tanda perniagaaan-bilboard) untuk memantau kesalahan bahasa. Harap maklum. | Lain-lain | 11.11.2006 |
maksud bagi konvensional? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat konvensional bermaksud berdasarkan konvensi , mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaan. | Makna | 08.02.2008 |