Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bo.co.ran] | کبوچورن

Definisi : 1. perihal bocor: siapa yg bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? 2. mengalami bocor: sampan itu tidak dapat belayar kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bo.co.ran] | کبوچورن

Definisi : 1 keadaan bocor (ttg sesuatu yg dirahsiakan): Orang yg bertanggungjawab ttg ~ kertas ujian di sekolah itu telah diketahui dan dihukum. 2 memperoleh akibat drpd sesuatu yg bocor; menderita kerana sesuatu yg bocor: Apabila hujan turun, orang itu ~ atap rumahnya dan dia terbangun drpd tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebocoran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PEMBETULAN AYAT: Apakah ayat yang betul? "Elakkan penggunaan gasket terpakai apabila memasang semula karburetor bagi mengelakkan sebarang kebocoran".Cadangan ayat yang dikemukakan adalah betul penggunaan tatabahasanya.Tatabahasa09.01.2020
Maksud sealant di dalam bahasa melayu bagi istilah kejuruteraanMaksud sealant dalam bahasa Melayu bagi bidang kejuruteraan ialah Bahan yang digunakan untuk menampal celahan bagi mengelakkan kebocoran ataupun maksud yang kedua ialah Bahan mudah lentur yang dipasang pada bahagian sambungan untuk menghalang resapan air, angin ataupun habuk daripada menembusinya.
Istilah02.07.2020
Salam sejahtera. Istilah "data breach" merujuk kepada kejadian pencabulan keselamatan yang dalamnya data yang sensitif, terlindung atau sulit disalin, dihantar, dilihat, dicuri atau digunakan oleh seseorang tanpa izin. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "data breach" - kebocoran data atau pelanggaran data atau apa-apa terjemahan lain? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

data breach - pencerobohan data

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain11.10.2021
Assalamualaikum tuan, Pertanyaan saya ialah : 1. Apakah maksud rangkai kata MENYITA KETIRISAN dan mohon tuan berikan satu contoh ayat tentangnya. 2. Apakah makna kata KOLERASI? Mohon tuan berikan contoh ayat. TERIMA KASIH.Ketirisan bermaksud kebocoran seperti ketirisan atap rumah, ketirisan rahsia. Namun rangkai kata menyita ketirisan tidak sesuai digandingkan kerana menyita bermaksud merampas (mengambil/menahan). Perkataan kolerasi tiada dlm sumber yang ada korelasi bermaksud hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait.Makna24.07.2007

Kembali ke atas