mana betul; kepada kebolehan/pada kebolehan? | pada kebolehan | Tatabahasa | 12.09.2007 |
adalah kata 'multi kebolehan' merupakan ungkapan yang betul jika digunakan dalam ayat (rancangan untuk dokumentari) contoh ayat - dia seorang yang multi kebolehan. | Multi- : awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan multidisiplin. cadangan: Pelbagai kebolehan atau kebolehan yang pelbagai. | Tatabahasa | 11.12.2008 |
Ayat yang manakah betul? A) Kita tidak harus bersikap angkuh terhadap kebolehan diri. B) Kita tidak harus bersikap angkuh akan kebolehan diri. | Ayat yang betul ialah "Kita tidak harus bersikap angkuh terhadap kebolehan diri". | Tatabahasa | 22.05.2015 |
berpuas hati dengan/terhadap/tentang kebolehan mereka? | Berpuas hati dengan kebolehan mereka. | Lain-lain | 23.10.2014 |
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Bg jwpan sat... | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan "kepakaran" tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
boleh tanya adakah "bakat" tu boleh disemai kerana setahu saya bakat tu ialah kebolehan semulajadi. Terima kasih. | Berdasarkan rujukan kami bakat bermaksud kebolehan semula jadi, untuk maklumat yang lain dan lebih terperinci sila rujuk buku/makalah yang membincangkan tajuk berkenaan. | Lain-lain | 22.04.2010 |
Cikgu, tolong tengok ayat di bawah ini dan tentukan ayat yang manakah ialah penggunaan kata sendi nama yang betul. 1. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung KEPADA orang lain. 2. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung PADA orang lain. Huruf-huruf yang telah dibesarkan dalam ayat ialah kata sendi nama di mana saya hendak tuan menentukan penggunaannya yang betul dan memberikan penerangan. | Ayat yang betul ialah Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C. | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
saya ingin maksud: 1.Kreatif 2.Inovasi | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 04.11.2008 |
Selamat pagi, boleh tanya apakah perbezaan antara kreativiti dan inovasi. Terima kasih. | kreatif: mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; inovasi: 1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; | Makna | 15.12.2016 |