Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : kebolehramalan

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebolehpasaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, ayat yang manakah yang betul? Meningkatkan kebolehpasaran graduan ‘di’ alam pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam negara Atau Meningkatkan kebolehpasaran graduan ‘ke’ alam pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam negaraAyat yang betul ialah “Meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam alam pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara.”Tatabahasa08.06.2022
Mohon semak tema konvokesyen 1. "Graduan Lestari Aspirasi Industri" 2. "Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan"1. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya.
2. Adakah tepat jika dikatakan teknologi hijau sebagai asas/dasar kebolehpasaran graduan? Pada pandangan kami, frasa ini seolah-olah menyempitkan asas kebolehpasaran graduan. Walau bagaimanapun jika universiti ini berteraskan teknologi hijau, frasa tersebut boleh digunakan dengan sedikit pindaan seperti "Penguasaan/Kemahiran Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan".
Tatabahasa20.06.2015
Adakah ayat berikut ini baku? Jika tidak baku, mohon cadangan tuan untuk menyuntingnya. 'Dari segi segi tahap pengajian pula, kadar kebolehpasaran graduat pemegang diploma lebih tinggi daripada pemegang sijil, iaitu 53.0 peratus dan 38.3 peratus masing-masing.' Terima kasih. DZULHIJAH SOKARNODari segi tahap pengajian pula, kadar kebolehpasaran pemegang diploma lebih tinggi daripada pemegang sijil, iaitu 53.0 peratus dan 38.3 peratus masing-masing.Tatabahasa13.05.2008
Salam sejahtera kepada admin, saya mohon penjelasan mengenai makna/tafsiran perkataan berikut : 1. kebolehpasaran - marketability 2. kebolehkerjaan - workability 3. kebolehgajian - employbility Selain menerangkan perbezaan ketiga tiga istileh tersebut, mohon contoh dalam penggunaan ayat yang tepat. jika dikaitkan dengan kemahiran insaniah/softskills dan technical skills istilah mana yang paling tepat digunakan.. mohon pencerahan dalam laras bahasa ekonomi Sekian terima kasih.1. kebolehpasaran - marketability
2. kebolehkerjaan - workability
3. kebolehgajian - employability
Ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana yang berkaitan dengan konteks ekonomi, sosial dan pendidikan. Walau bagaimanapun tidak ada maklumat rinci tentang ketiga-tiga perkataan yang tersebut.
Tatabahasa24.04.2015
mohon istilah "employability skills".

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah kemahiran kebolehpasaran. Walau bagaimanapun penggunaan istilah ini bergantung pada konteks penggunaan.

Istilah11.11.2009
Apakah istilah BM untuk 'graduate employability'? Bolehkah 'pengambilan kerja graduan' diterima? Terima kasihPadanan bahasa Melayu ialah kebolehgajian graduan atau kebolehpasaran graduan bergantung pada konteks penggunaan.Istilah13.02.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin meminta tolong pihak DBP untuk memberi saya penjelasan tentang penggunaan "keboleh....an" dan "ketidak...an" serta contoh. Jika tidak keberatan, bolehkah DBP memberi perbezaan antara "keboleh...an" dan "keter...an" seperti kebolehpasaran/keterpasaran serta kebolehsampaian/ketersampaian? Terima kasih.Apitan ke-...-an membawa makna proses atau perihal makna asal kata itu. Kebolehan bermaksud perihal boleh dan ketidakbolehan bermaksud perihal tidak boleh. Keterpasaran ialah terjemahan perkataan marketability.Tatabahasa22.07.2016
Salam tuan, apakah istilah yang sesuai digunakan dalam bahasa melayu bagi menggantikan istilah "employability" dalam bahasa inggeris? saya dapati ramai yang menggunakan istilah inggeris ini dengan dicondongkan perkataan tersebut dalam penulisan (artikel) mereka. Istilah inggeris ini akan saya gunakan dalam tesis saya. Harap tuan dapat membantu. Terima kasih.

Puan,

Padanan bahasa Melayu ialah kebolehgajian atau kebolehpasaran bergantung pada konteks penggunaan.

Istilah05.07.2010

Kembali ke atas