Salam tuan, adakah 'kebolehpercayaan' suatu istilah yang diterimapakai? Boleh minta pencerahan? Saya dapati perkataan ini digunakan dengan berleluasa hatta dalam segmen berita di kaca televisyen sekalipun. | Perkataan kebolehpercayaan ialah padanan istilah reliability dan perkataan ini juga banyak digunakan dalam ungkapan umum. Untuk maklumat lanjut, layari kebolehpercayaan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kebolehpercayaan. | Tatabahasa | 15.09.2016 |
Adakah istilah Inggeris "accountability" sesuai diterjemahkan kepada "kebolehpercayaan" ataupun ia diterjemahkan sebagai akauntabiliti? Mohon nasihat Tuan. Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, Accountability diterjemahkan kepada dua iaitu pertama kebertanggungjawapan yang terdapat dalam beberapa bidang istilah. Kedua, Akauntabiliti lebih merujuk kepada istilah sains politik sahaja. Oleh itu, terjemahan kebertanggungjawapan lebih sesuai digunakan mengikut kesesuaian bidang. | Istilah | 07.08.2017 |
MAKSUD PERKATAAN KREDIBILITI | Kredibiliti ialah sifat boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan. | Makna | 28.06.2007 |
Soalan 1: Apakah istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris berikut: (1) inter-rater (2) intra-rater Jawapan Soalan 1: Sila kemukakan konteks penggunaan bagi istilah "inter-rater" dan"intra-rater" untuk pihak kami mencari padanan yang bersesuaian. Soalan 2: "inter-rater" dan "intra-rater" merujuk kepada "inter-rater reliability" dan "intra-rater reliability" dalam bidang statistik, di mana "reliability" ialah kebolehpercayaan. "inter-rater" adalah antara penilai, manakala "intra-rater" adalah "test-retest" pada penilai yang sama (sesama sendiri). | Cadangan awal padanan "intra-rater reliability" dan "inter-rater reliability" ialah "kebolehpercayaan penilai dalaman" dan "kebolehpercayaan penilai antara". Istilah ini akan diperhalusi dan jika ada maklumat terbaharu kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan. | Tatabahasa | 11.10.2018 |
Istilah dalam pentadbiran pengurusan organisasi/jabatan - perkataan "Credibility". Mohon beri panduan/jawapan. | Padanan istilah "credibility" dalam bahasa Melayu ialah kebolehpercayaan. | Istilah | 19.11.2009 |
Mencari alih bahasa sesuai untuk perkataan: 1. Corporate Service 2. Quality Assurance and reliability | 1. corporate service - perkhidmatan korporat 2. quality assurance and reliability - jaminan kualiti dan kebolehpercayaan | Istilah | 26.05.2011 |
Assalamulaikum Saya telah perkataan Composite Reliability di dalam bahasa Malaysia di carian kata, tetapi makna tersebut tiada di dalam arkib. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP mencadangkan terjemahannya kedalam bahasa malaysia. Sekian Terima Kasih Sarina Ismail | Mengikut data DBP, perkataan composite diterjemahkan kepada komposit, manakala reliability pula diterjemahkan kepada ‘kebolehpercayaan’, maka kami mencadangkan terjemahan ‘kebolehpercayaan komposit’ . Sila berikan ayat penuh sekiranya cadangan terjemahan ini tidak sesuai konteks penggunaan yang puan perlukan. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.09.2014 |
Saya ingin bertanya tentang maksud rangkai kata berikut: i) zaman serba mencabar ii) mengamalkan nilai integriti iii) minda kelas pertama iv) generasi modal insan yang berkualiti sekian, terima kasih | (i). Zaman serba mencabar bermaksud era atai tempoh yang terdapat pelbagai saingan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, sosial, globalisasi dan sebagainya. Kemajuan berada pada tahap yang tinggi dan perlu diseimbangi oleh ilmu pengetahuan. (ii). Mengamalkan nilai integriti bermaksud mengamalkan sikap kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Anatar amalan yang dicadangkan ialah mengenali maha pencipta, menyemai nilai-nilai terpuji, disiplin diri, kejujuran dan ketelusan, kebolehpercayaan, kebijaksanaandan rasa penghargaan. (iii). Minda kelas pertama bermaksud pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan. (iv). Generasi modal insan yang berkualiti bermaksud generasi yang mempunyai ketahanan diri, ilmu dan penglibatan dalam mencapai wawasan negara. | Makna | 13.12.2007 |
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Berkenaan dengan penggunaan perkataan "dalam/dalaman" untuk audit. Yang manakah yang lebih tepat dan betul? Audit dalam atau audit dalaman? | Assalamualaikum Encik Hanafi, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, audit dalam bermaksud pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri untuk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dengan betul. Menurut istilah bahasa Melayu pula, audit dalaman pula digunakan dalam bidang pentadbiran dan istilah sumbernya ialah "internal audit'. Audit dalaman membawa maksud pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam sesuatu organisasi bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian perakaunan organisasi tersebut. Bahagian yang sering menerima audit dalaman ialah bahagian pentadbiran yang melibatkan penyemakan segala perbelanjaan dan penggunaan barangan pejabat. Dalam pengauditan dalaman, semua baucer, invois dan dokumen lain diperiksa ketepatan dan kesahihannya sebelum dibayar atau direkod secara rasmi. Kesimpulannya, kedua-dua perkataan diterima namun pemilihan kata yang sesuai mestilah berdasarkan konteks ayat. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 30.01.2018 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan renting beberapa perkataan yang tidak dijumpai di Dalam kamus dewan akan maknanya. 1. Grounded Theory 2. Trustworthiness 3. Dependability 4. Confirmability 5. Transferability 6. Scientific Rigour Mohon cadangan perkataan yang sesuai untuk diterjemah ke Bahasa Malaysia. Serian terima Kasih. SOPIAN 0194892464 | Cadangan padanan istilah seperti yang berikut: 1. Grounded Theory - Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan. 2. Trustworthiness - kebolehpercayaan 3. Dependability – kebergantungan/kebolehharapan 4. Confirmability – sah/kesahan 5. Transferability – keterpindahan/kebolehpindahan 6. Scientific Rigour – ketegasan saintifik | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2015 |