Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebunnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mak Endang ___________ bakul berisi sayur-sayuran kampung itu pulang dari kebunnya. (menjunjung, menjulang) Adakah betul penggunaan perkataan menjunjung dalam ayat tersebut?Menjunjung ialah membawa sesuatu di atas kepala manakala menjulang ialah mengangkat ke atas. 

Jawapan yang sesuai ialah menjunjung

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari laman web http://prpm.dbp.gov.my/
Tatabahasa11.05.2020
Pak Samad sedang ........ lebihan dawai kawat yang telah digunakan untuk memagar kebunnya. Gelung atau gulung....Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikit ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, soalan tersebut menunjukkan lebihan  lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung.Lain-lain26.08.2015
Salam sejahtera. Saya ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat-ayat di bawah: 1. Salmah mencantas dua pelepah daun pisang di kebunnya. 2. Ibu memasukkan satu pot beras ke dalam periuk. 3. Terdapat tiga sangkar burung di rumah datuk. 4. Suraya membeli satu set pinggan mangkuk di kedai itu. 5. Di tepi tangga itu terdapat satu tabung alat pemadam api. Bolehkah pelepah, pot, sangkar, set dan tabung digunakan sebagai penjodoh bilangan dalam ayat di atas? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, perkataan pelepah, pot, sangkar, set dan tabung tidak boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan ialah kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama ynag mengikutinya. Contohnya, dalam ayat pertama, penjodoh bilangan yang betul ialah batang (Salmah mencantas dua batang pelepah daun pisang di kebunnya. )Tatabahasa31.10.2013
Salam...sy ada sikit kemusykilan...bg soalan 5 jawapan apakah yang paling sesuai sekali? Jawapan C @ D...mohon penjelasan...terima kasih.. Soalan: Pak Jalil........hujung batang kayu supaya tajam yang akan dijadikan kayu pagar kebunnya. c) Menarah d) Meraut.Jawapan yang betul ialah meraut. Meraut ditakrifkan sebagai meratakan (menghaluskan, me­licin­kan, meruncingkan, dll) dengan pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dengan pisau.Tatabahasa30.07.2013
Bagaimanakah hendak memberi kefahaman yang mudah kepada murid tentang perbezaan kata terbitan; a. memagari / memagarkan b. menghiasi / menghiaskan sekian, terima kasihMemagari bermaksud mengelilingi sesuatu seperti pagar, Pokok puding memagari kawasan rumahnya. Memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sbg pagar; atau memasang sesuatu sebagai pagar, Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. Menghiasi bermaksud menyebabkan kelihatan lebih cantik, Bintang-bintang menghiasi langit. Menghiaskan bermaksud mencantikkan dengan sesuatu, Dia menghiaskan sebutir kerosang pada bajunya.Tatabahasa28.04.2015
Bagaimana hendak bezakan perkataan berikut dalam ayat? 1. memagar 2. memagarkan 3. memagari

1.  memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar.  Contoh  ayat: Dia memagar kawasan rumahnya.

2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya.

3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. 

Tatabahasa21.09.2011
Adakah betul dan gramatis ayat- ayat berikut ? 1. Dia memagari perkarangan rumahnya. 2. Pohon -pohon buluh memagari kawasan rumahnya. 3. Dia memagarkan pohon- pohon buluh di kawasan rumahnya.

Berdasarkan soalan, Ayat 2 dan 3 betul. 
 Berikut definisi dan contoh ayat agar lebih memahami penggunaan perkataan tersebut.

1.  memagar bermaksud membuat pagar di; mendirikan pagar.  Contoh  ayat: Dia memagar kawasan rumahnya.

2. memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai pagar; memasang sesuatu sebagai pagar. Contoh ayat: Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya.

3. memagari bermaksud menjadi (seperti) pagar pada; mengelilingi sesuatu seperti pagar. contoh ayat: Pokok-pokok puding memagari kawasan rumahnya. 

Tatabahasa12.12.2012

Kembali ke atas