Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keburukannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin tanya ayat berikut betul tak penggunaan kata memeberikan dan menawrkan Walaupun kemudahan ini memberikan pelbagai kebaikan, namun terdapat juga keburukannya. Namun, jikasedeorang pengguna itu bijak menapis maklumat yang berunsurkan negatif, internet menawarkan pelbagai keseronokan untuk diterokai.Walaupun kemudahan ini memberikan pelbagai kebaikan, namun terdapat juga keburukannya. Walau bagaimanapun, jika pengguna itu bijak menapis maklumat yang berunsurkan negatif, internet menyediakan pelbagai keseronokan untuk diterokai.Tatabahasa26.10.2015
makna kepimpinan dan pemimpin -ciri-ciri kepimpinan -kebaikan dan keburukannya -bila ianya sesuai digunakan -pemerintahan autokratikSila rujuk bahan ini : 1. Komunikasi untuk pemimpin Abdullah Hassan PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 2001 . 2. Panduan Untuk Pemimpin John H. Zenger McGraw-Hill 2005 3. Pemimpin era globalisasi Husin @ Ibrahim Mamat Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 . 4. Pemimpin ideal dalam Islam Hafidhuddin, Didin Pustaka Zaman 2000 Teknik Kepemimpinan Auren Uris Dewan Bahasa dan Pustaka 1980 5. Wawasan dan kepemimpinan : nilai dan strategi ke arah Wawasan 2020 Yeoh, Micheal Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad 2003 6. Prinsip perlembagaan & pemerintahan di Malaysia Mohd Salleh Abas, Tun Dewan Bahasa dan Pustaka 2006 7. Sistem pemerintahan dan pentadbiran barat : suatu tinjauan Ahmad Atory Hussain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996Lain-lain31.07.2007
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa sms? apakah baik dan buruknya bahasa sms dalam penggunaan bahasa melayu?Bahasa sistem pesanan ringkas (sms) digunakan secara meluas  pada hari ini terutamanya  melalui medium telefon bimbit. Kecenderungan ini timbul kerana wujud  halangan ruang dan tempoh serta kos yang tinggi. Selain itu, sistem ini amat cepat dan berkesan. Dari segi keburukannya pula, pengguna akan menjadi lazim untuk melakukan kesalahan tatabahasa, tidak kreatif dan tiada kesantunan berbahasa.Makna15.02.2008
1. Mahu mencari perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau dari segi Fonologi. 2.Boleh berikan kebaikan dan keburukan sebutan baku

Puan,

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing.

Dari segi kebaikan sebutan baku menyeragamkan semua bentuk sebutan dan menghasilkan satu bentuk sebutan yang seragam yang dapat diucapkan oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara di dalam semua situasi rasmi. Sesuatu sistem jika membawa keburukan tidak akan diteruskan. dalam hal sebutan baku lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Keburukannya mungkin hanya daripada sikap penutur untuk bertutur lain  daripada kebiasaan yang dituturkan.

Tatabahasa22.06.2010

Kembali ke atas