Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cai.ran] | کچاءيرن

Definisi : 1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cai.ran] | کچاءيرن

Definisi : perihal atau keadaan cair: Disebabkan ~nya, bahan itu kurang berkesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecairan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan otak cair dan kecairan maklumat?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik.Makna26.04.2012
Mohon terjemahan atas kata berikut: Corporate Governance 1. Board Of Independence 2. CEO duality Capital Structure 1. Short Term to Total Debt 2. Long Term to Total Debt 3. Total Debt to Total Asset 4. Leverage 5. Short Term Leverage 6. Long Term Leverage 7. Divident Policy Firm Characteristic 1. Firm Size 2. Leverage 3. Age Firm 4. Liquidity 5. Board Size Terima kasih

Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Corporate Governance – Tadbir Urus Korporat

2. Board of Independence – Lembaga Bebas

3. CEO duality – Kedualan KPE atau Kedualan CEO

4. Capital Structure – Struktur Modal

5. Short Term to Total Debt- Hutang Jangka Pendek kepada Jumlah Hutang

6. Long Term to Total Debt - Hutang Jangka Panjang kepada Jumlah Hutang

7. Total Debt to Total Asset - Jumlah Hutang kepada Jumlah Aset

8. Leverage – Leveraj

9.  Short Term Leverage – Leveraj Jangka Pendek

10. Long Term Leverage – Leveraj Jangka Panjang

11. Divident Policy – Dasar Dividen

12. Firm Characteristic – Ciri-Ciri Firma

13. Firm Size – Saiz Firma

14. Leverage - Leveraj

15. Age Firm – Usia Firma

16. Liquidity - Kecairan

17. Board Size – Jumlah Ahli Lembaga

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan24.08.2017

Kembali ke atas