Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cam] | کچم

Definisi : ; mengecam mengkritik (keras), membidas, mencela: beliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yg kerap menggunakan bahasa Inggeris dlm urusan-urusan pejabat; kecam-mengecam saling mengecam antara satu sama lain: kedua-dua pihak yg bertelagah itu ~ dan tidak mahu beralah; kecaman kritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama; pengecam pembidas, pengkritik, pencela. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cam] | کچم

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kelat lapis (merah, paya), sekujah, Eugenia longiflora (lineata); ~ hutan sj tumbuhan (pokok) mengambir, Maesa ramentacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cam] | کچم

Definisi : ; mengecam menegur keburukan orang dll; mencela; membidas: Abdullah berani juga ~ perbuatan bangsa Belanda dan Inggeris dlm bukunya. kecaman kata-kata atau teguran ttg keburukan orang dll; celaan. pengecam orang yg mengecam; pencela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecam
Kata Terbitan : mengecam, kecam-mengecam, kecaman, pengecam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai untuk 'body shaming' dalam bahasa Melayu?Istilah body shaming dalam bahasa Melayu ialah kecam badan/sindir badan.Istilah11.12.2022

Kembali ke atas