1. maksud bintang tujuh 2. kritikan | 1. Gugusan bintang yg tujuh banyaknya. 2. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll).,; kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman. | Makna | 14.12.2006 |
Saya hendak tahu apa makna perkataan kritikan dari kamus dewan. Dan boleh saya tahu nama penerbit kamus dewan edisi terbaru? | Kritikan dalam Kamus Dewan bermaksud 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 13.05.2008 |
Apakah maksud kepercaman? Apakah kata dasarnya? Ia dipadankan dengan kata 'identity' dalam istilah Malaysia. Apakah konteks menggunakan istilah tersebut? Jika saya gantikan kata 'identiti' dalam ayat berikut dengan 'kepercaman' adakah ia betul? "Bahasa sebuah bangsa ialah (identiti) kebudayaannya. | Kata dasar bagi perkataan kepercaman ialah cam yang menerima apitan peN...an. Istilah tersebut dibuat untuk membezakannya dengan perkataan kecaman. Istilah kepercaman digunakan untuk pelbagai bidang seperti Antropologi, Farmasi, Matematik, Pendidikan, Pentadbiran, Perpustakaan, Kejuruteraan dan pelbagai lagi. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, jika dilihat pada maksud, istilah kepercaman boleh digunakan tetapi dalam konteks ayat tersebut kami di DBP menggunakan perkataan yang lazim digunakan iaitu identiti. | Istilah | 16.12.2018 |
1. Apa beza nista dengan celaan, terutamanya dari segi penggunaannya dalam konteks yg berlainan? Sila sertakan contoh. 2. Apa singkatan yang terkini bagi (sebelum Masehi) dan (Masehi), ada yg tulis SM dan M, dan ada pula yang tulis S.M. dan M. Mana yg terkini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan nista sebagai kata-kata yang bertujuan menghina; cercaan; makian: Segala macam nista dan umpat dihamburkan kepada pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yang keji. 3 rasa malu; aib. Manakala celaan bermaksud ejekan yang keras; kata-kata yg kesat; kecaman. Singkatan Sebelum Masihi ditulis sebagai SM | Tatabahasa | 11.08.2016 |