Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cap] | کچڤ

Definisi : bunyi spt bunyi cicak; mengecap 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi cicak; 2. = mengecap-ngecap, berkecap­-kecap, terkecap-kecap mengatup-ngatup­kan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap: dia makan sambil ~-ngecap; 3. merasa (mencuba) masakan dll, men­cicip: ~ gulai utk mengetahui sedap tidaknya; 4. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan; ~ nikmat; kecapan sesuatu yg dikecap (dgn lidah); pengecap 1. orang yg mengecap (merasai, menikmati); 2. perasa (lidah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cap] | کچڤ

Definisi : (kécap) Id kicap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cap] | کچڤ

Definisi : ; mengecap 1 merasa masakan dll (utk mengetahui enak tidaknya): ~ gulai. 2 ki menikmati; merasai: ~ nikmat. kecapan sesuatu yg dikecap dgn lidah; hasil mengecap. pengecap orang yg merasai atau yg menikmati sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecap (kata kerja)
Bersinonim dengan rasa, nikmati, cecap, cicip, merasa makanan;,
Kata Terbitan : mengecap, mengecap-ngecap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah kita menggunakan "walaupun'dan 'tetapi' dalam satu ayat yang sama? Apakah perkataan yang sesuai untu bunyi cicak dan kapal terbang? Sekian terima kasih.

'Walaupun' ialah kata hubung pancangan keterangan, manakala 'tetapi' ialah kata hubung gabungan.  Mengikut tatabahasa, kedua-dua kata hubung ini tidak boleh digunakan dalam satu ayat kerana terdiri daripada klausa tidak bebas.

Perkataan yang sesuai untuk menerangkan bunyi cicak ialah kecap atau mengecap. Tiada perkataan yang khusus untuk menerangkan bunyi kapal terbang, tetapi boleh menggunakan perkataan gemuruh/bergemuruh, dengung/berdengung untuk menerangkan bunyi kapal terbang.

Tatabahasa06.01.2011

Kembali ke atas