apakah perkataan yang membawa maksud situasi pengasingan berpihak atau pertentangan kecenderungan, kepentingan dan perbezaan matlamat sesuatu kumpulan. Jawapan : _ _ K _ R _ S A S i | Untuk makluman tuan, perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP untuk membantu menjawab peraduan teka silang kata. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR PEREMPUAN LEBIH BERMINAT MEMBACA NOVEL MANAKALA PELAJAR LELAKI LEBIH CENDERUNG MEMBACA KOMIK | Salah satu faktor yang emungkinkan kecenderungan tersebut ialah persikataran, walau bagaimanapun hal ini memerlukan kajian yang lebih mendalam, sila h rujuk buku atau makalah yang berkaitan. terima kasih. | Lain-lain | 23.12.2008 |
apakah itu komuniti bahasa? | Komuniti ialah kumpulan orang yg tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya; 2. kumpulan individu yg mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan, dll). Bahasa pula ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 09.08.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa sms? apakah baik dan buruknya bahasa sms dalam penggunaan bahasa melayu? | Bahasa sistem pesanan ringkas (sms) digunakan secara meluas pada hari ini terutamanya melalui medium telefon bimbit. Kecenderungan ini timbul kerana wujud halangan ruang dan tempoh serta kos yang tinggi. Selain itu, sistem ini amat cepat dan berkesan. Dari segi keburukannya pula, pengguna akan menjadi lazim untuk melakukan kesalahan tatabahasa, tidak kreatif dan tiada kesantunan berbahasa. | Makna | 15.02.2008 |
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT? | Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development atau pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud perkembangan atau kemajuan komuniti. Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 04.03.2009 |
Daie Blogger Ejaan tepat bagi perkataan di atas ialah apa? | Perkataan Daie Blogger tidak ada dalam sumber rujukan kami. Padanan blogger ialah penulis blog dan penulis blog menulis untuk pelbagai matlamat dan kecenderungan. Ada penulis blog yang lebih cenderung menulis pengalaman sendiri dan ramai juga yang menulis dengan niat berdakwah melalui medium tersebut. | Istilah | 22.10.2011 |
Apakah syarat-syarat dan kriteria untuk menjadi Munsyi Dewan dan apakah keistimewaannya? | Puan Siti, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Syarat paling utama untuk menjadi Munsyi Dewan (MD) ialah minat serta komitmen dalam menjalankan tugas yang diberikan. Selain itu kelulusan dan pengalaman bertugas sama ada sebagai guru atau tenaga pengajar juga penting. Kakitangan kerajaan yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam pengajaran bahasa dan penulisan juga amat duialu-alukan. Pihak kami akan mengiklankan pengambilan Munsyi Dewan dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia. Iklan pengambilan Munsyi Dewan akan dikeluarkan sekiranya DBP berhasrat mengambil Munsyi Dewan bagi fasa seterusnya. Terima kasih. | Lain-lain | 05.03.2009 |
Apakah langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu pada masa ini? Apakah faktor-faktor utama kemerosotan penggunaan dalam bahasa melayu? | Banyak langkah-langkah yang sesuai boleh diambil untuk mengatasi kemerosotan penggunaan bahasa Melayu (BM) pada masa kini antaranya aktiviti Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak bertahun-tahun dahulu sehingga kini. Kecenderungan masyarakat mengagung-agungkan bahasa Inggeris (BI) dalam berbagai bentuk adalah antara punca kemerosotan penggunaan BM dan ditambah lagi dengan sokongan pihak berwajib dalam penguatkuasaan penggunaan BI dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Untuk maklumat lanjut sila rujuk artikel-artikel yang berkenaan yang telah terbit di akhbar-akhbar dan majalah-majalah tempatan bagi menjawab persoalan tuan/puan. | Lain-lain | 15.10.2008 |
apakah bahasa rojak dan bagai manakah cara mengatasinya? | Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Cara mengatasi bahasa rojak ialah pengguna hendaklah mengikut sistem dan tatabahasa yang betul, laras yang sesuai dan tidak mencampurkan bahasa Melayu dnegan bahasa-bahasa asing. | Makna | 21.07.2008 |
sila berikan maksud sebenar bahasa rojak dan terangkan dengan lebih terperinci.Terima Kasih. | Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini berlaku dalam konteks lisan sama ada rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. | Makna | 09.03.2008 |