Skema warna (menambah/menambahkan) keceriaan.Yang mana satukah betul?Jika boleh tolong berikan maksud dua perkataan itu.Saya sering keliru mengenai kena guna -kan atau tidak............ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menambah bermaksud 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll) 2. memberi tambah, menokok 3. menjumlahkan dengan, mencampur. Menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dll). Berdasarkan maksud yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Skema warna menambah keceriaan'. | Makna | 18.01.2012 |
perlukan senarai peribahasa dan kata hikmat berkenaan keselamatan , keceriaan dan kebersihan harap dapat berikan senarai yang diperlukan untuk dilukis sebagai mural keselamatan pelajar sekolah terima kasih | Sila kunjungi perpustakaan yang berdekatan. Buku peribahasa yang boleh dijadikan rujukan ialah Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP. | Lain-lain | 09.02.2010 |
assalamualaikum tuan. Apakah maksud perkataan "berceria" | Tidak ada kata berceria dalam pangkalan data kami. Kata ceria apabila menerima imbuhan boleh menghasilkan kata menceriakan, keceriaan dan penceriaan. | Tatabahasa | 31.03.2014 |