Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai ayat berikut. Yang manakah betul. 1. Pak Seman berternak secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya. 2. Pak Seman menternak secara kecil-kecil untuk menyara kehidupan keluarganya. | Perkataan berternak dan menternak, kedua-duanya betul, namun perlu diikuti objek bagi melengkapkan ayat tersebut, seperti "Pak Seman berternak/menternak ayam kampong secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya". | Tatabahasa | 20.01.2014 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Apakah perbezaan kata ganda & kata terbitan? Adakah perkataan seperti kecil-kecilan, kayu-kayuan dikira sebagai kata ganda atau kata terbitan. Mohon penjelasan. Terima Kasih | Kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, sama ada awalan, sisipan, akhiran atau apitan.
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Contoh yang diberikan ialah jenis kata ganda yang menerima imbuhan akhiran.
| Tatabahasa | 12.07.2013 |
Penggunaan yang betul Mini karnival Jepun atau Karnival Jepun Mini | Frasa yang betul jika merujuk kepada karnival Jepun yang dibuat secara kecil-kecilan ialah Karnival Jepun Mini | Lain-lain | 05.09.2016 |
Noraini Abu Samah Jun 9th, 7:57am Assalamualaikum.. Bolehkah saya bertanya. Bagaimanakah cara utk saya menyertai aktiviti jualan di gerai2 kecil semasa berlangsungnya majlis anjuran DBP? Utk pengetahuan pihak tuan, saya ada menjual barangan koleksi perhiasan wanita secara kecil kecilan. | Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi pegawai Bahagian Komunikasi Korporat DBP, iaitu Encik Azimin bin Daud melalui talian 03-2147 9485 atau e-mel azimin@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.06.2014 |
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila? | Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan. | Makna | 10.06.2008 |