Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
asalamualaikum, saya mempunyai kekeliruan mengenai penggunaan perkataan yang khas dalam istilah agama. setakat ini, banyak kekeliruan istilah agama dalam manuskrip yang saya edit. boleh saya mendapat "list" panduan ejaan laras agama contohnya penggunaan '-Nya' dan lain-lain.hal ini kerana panduan "list" tersebut penting untuk saya merujuk kesalahan istilah dalam manuskrip agama. saya berharap tuan/puan tidak keberatan menghantar panduan tersebut ke alamat email saya fiqline_89@yahoo.comAda beberapa kata bahasa Arab yang telah mantap dan diterima pakai dalam bahasa dan difahami dalam budaya Melayu. Kata-kata ini terakam dalam Kamus Dewan namun tiada sebuah buku yang khusus yang mengumpul semua kata-kata Arab tersebut. Ada juga istilah yang diambil daripada bahasa Arab terutamanya istilah yang berkaitan dengan agama. Saudara boleh merujuk Istilah Agama Islam terbitan DBP. Untuk makluman tuan, kata ganti nama diri 'nya' dieja bersambung kecuali '-Nya' yang merujuk Allah dieja sedemikian.Tatabahasa07.09.2012
Salam sejahtera! Haruskah "nya" dicantumkan dengan perkataan di depan? Ayat contoh: Dia terlupa membawa iPhonenya atau dia terlupa membawa iPhone nya? Saya ingin tahu terutama sekali jika perkataan di depan "nya" adalah jenis kata nama khas. Terima kasih!

Untuk makluman, “nya” merupakan kata ganti nama diri ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, kecuali jika merujuk kepada Allah kerana pada perkataan tersebut perlu diletakkan sempang, iaitu ‘-Nya’. Sehubungan dengan itu, contoh ayat yang betul ialah “Dia terlupa membawa iPhonenya.”

Tatabahasa11.08.2020
Saya ingin bertanya soalan, apakah ejaan sebenar untuk perkataan di bawah; 1. PhD-nya atau PhDnya Apakah penjelasan untuk jawapan yang diberikan? Sekian, terima kasih.

Partikel “nya” merupakan kata ganti nama diri ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, kecuali jika merujuk kepada Allah kerana pada perkataan tersebut perlu diletakkan sempang, iaitu ‘-Nya’. Oleh yang demikian, ejaan yang betul ialah “PhDnya”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 103 - 104.

Tatabahasa09.11.2023
Assalam 1. Adakah -nya dan -lah tersenarai sebagai kata imbuhan akhiran? 2. Mengapakah perkataan memperolehi tidak betul sedangkaan perkataan membaiki betul ? Terima kasih.1. Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah.

2. Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh.

Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi.

Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178.



Tatabahasa07.01.2014
Apakah terjemahan bagi "rasul" dan "nabi"? Adakah nabi dan rasul ini kata nama khas?

RASUL

Utusan atau pesuruh Allah yang telah menerima syariat untuk disampaikan kepada umatnya. Rasul juga merupakan utusan atau pesuruh Allah yang dipilih-Nya untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain

 

NABI

Orang yang dipilih Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain.

Perkataan "rasul" dieja dengan huruf kecil (Kamus Dewan Edisi Keempat), kecuali "Rasulullah" yang dieja menggunakan huruf besar bagi "R".

Perkataan “nabi” dieja dengan huruf kecil kecuali jika ia diikuti dengan nama-nama nabi tersebut, perlu dieja dengan huruf besar bagi "N". Contoh: Nabi Yaakub, Nabi Syu'ib, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Ayub (sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua dari muka surat 1878 dan 1879 untuk ejaan yang betul bagi 25 nama nabi)

Lain-lain14.10.2021
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggabungan bahasa Inggeris. Contoh : internalnya. Perlukah diletakkan sengkang 'internal-nya' atau 'internalnya'? Jika internalnya, tanpa sengkang, haruskah diitalikkan internal sahaja? Begitu juga dengan perkataan arab yang berimbuhan? Diitalikkan kata asingnya sahaja? Sekian, terima kasih.

Padanan untuk kata bahasa Inggeris ‘internal’ ialah ‘dalaman”. Peraturan bahasa Melayu tidak membenarkan perkataan bahasa Melayu digabungkan dengan perkataan bahasa lain, kecuali perkataan asing tersebut telah diserap dalam bahasa Melayu dan melalui proses pembentukan istilah bahasa Melayu. Kata pinjaman harus dieja miring (italik) dalam bahasa Melayu.

Penyemakan dan penterjemahan17.01.2015
ingin tahu ejaan betul untuk perkataan "keEsaan" seperti ayat berikut: "beriman terhadap KeEsaan Tuhan.." Huruf "E" ini (rujuk kepada Esa) perlu huruf besar atau kecil? Sekian. tkasihEjaan yang betul ialah keesaan, keesaan berasal daripada kata esa yang merujuk kepada sifat Allah, tidak perlu ditulis dengan huruf besar (seperti kata ganti nama Nya - untuk Allah) kecuali pada awal ayat.Tatabahasa29.11.2010
Adakah ayat . Antaranya kita dapat menambah ilmu pengetahuan. Antaranya kita betul atau salah.

Perkataan "antara" berfungsi sebagai kata hubung dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Manakala, perkataan “-nya” dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata untuk menguatkan maksud. Ini bermakna, penggunaan “antaranya” di hadapan ayat tidak boleh digunakan, kecuali perkataan tersebut digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu ayat. Contoh: Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan, antaranya mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun.

Tatabahasa09.11.2020

Kembali ke atas